Info sukan

Bakal uji kemampuan Sabah FC

KOTA KINABALU: Kemampuan pasukan baharu Sabah FC bakal diuji menerusi kejohanan bola sepak pra musim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) 2022 di Stadium Likas, di sini, bermula hari ini hingga 18 Februari.Skuad Sang Badak akan berdepan saingan dua pasukan dalam senarai Liga Super musim ini, iaitu Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sarawak United serta Kelantan FC dari Liga Perdana.

Pengarah T3knikal Sabah FC, Scott Ollerenshaw, berkata kejohanan empat penjuru itu juga satu langkah pr0aktif diambil Sabah FC bagi menjimatkan kos.

Menerusi kejohanan itu, katanya skuad Sang Badak tidak perlu ke luar negeri atau negara yang memerlukan kos tinggi, malah berharap kejohanan itu dijadikan acara tahunan dengan menampilkan kelab hebat di negara ini.Sudah pasti kita mengharapkan kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan industri sukan pelancongan di Sabah yang cukup terkenal dengan pelbagai destinasi menarik.Selain itu juga kita mahu memberi peluang kepada peminat bola sepak di Sabah menyaksikan lebih dekat penampilan dan kemampuan pemain Sabah FC dalam pra musim ini,” katanya.

Ollerenshaw berkata, kejohanan itu juga dapat melihat keserasian pemain baharu dalam skuad Sang Badak sebagai persediaan menghadapi s4ingan Liga Malaysia musim ini yang akan bermula bulan depan.

Sementara itu, Pegawai Perlesenan Kelab Sabah FC, Rydwan Soeharto, berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai aspek keselamatan dan kesihatan awam sejajar perkembangan semasa pandemik C0 VID- 19 di Sabah yang menunjukkan trend peningkatan.

Katanya, Sabah FC masih menunggu maklumat atau garis panduan baharu daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan dikuatkuasakan dan ditetapkan sepanjang kejohanan itu.Kita sudah memohon dan meminta kebenaran daripada MKN Sabah dan mereka sudah melulvskan untuk kita menganjurkan pertandingan namun bersyarat. Kehadiran penonton ketika ini ditetapkan seramai 5,500 orang,” katanya.

Orang ramai juga boleh membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan itu di laman sesawang www.tickethotline.com.my dan sebarang persoalan berkaitan pembelian tiket boleh diajukan kepada @ticket.hotline.Kejohanan SMJ Cup bermula dengan perlawanan Sarawak United menntang KDA FC pada jam 4.15 petang, disusuli Sabah FC menentang Kelantan FC pada jam 9 malam.

sumber: bh

Sementara itu, Rabu depan KDA FC akan menntang Kelantan FC (4.15 petang), manakala Sabah FC menntang Sarawak United (9 malam), disusuli Sarawak United menntang Kelantan FC (4.15 petang) dan Sabah FC menntang KDA FC (9 malam) pada 18 Februari.