Info sukan

FAM kerugian puluhan juta ringgit, ini puncanya

Tempoh dua tahun lalu cukup perit buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Bukan sahaja prestasi skuad Harimau Malaya mervdum malah badan induk bola sepak negara itu kerugian puluhan juta ringgit berikutan penaja lari dan tiada kutipan daripada perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan di negara ini.

Malah, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan pihaknya memerlukan tempoh dua tahun untuk pulih kembali kesan daripada pandemik C0vid-19 yang melanda negara sebelum ini.Hamidin berkata, dalam tempoh 2020 dan 2021 kantung kewangan FAM boleh dikatakan agak sesak kerana tiada kutipan tiket daripada perlawanan di negara ini.Katanya, situasi bertambah parah apabila ada penaja menarik diri selain turut mengurangkan peruntukan kepada badan induk itu.

“Kita memang tiada kutipan langsung pada 2020 dan 2021 kerana tiada perlawanan yang boleh dianjurkan di Malaysia. Dengan tiada kewangan yang masuk selain penarikan diri pihak penaja, memang itulah kesannya daripada C0 vid-19.Memang ada banyaklah (kerugian) tetapi untuk tahun ini, kita sedang berusaha dan saya optimis kita boleh kembali pulih seperti sediakala jika semuanya berjalan dengan p0sitif.

“Cuma kita memerlukan satu atau dua tahun untuk betul betul stabil dan dapat memberi keyakinan kepada penaja supaya isu seperti penangguhan atau pembatalan perlawanan tidak terjadi lagi,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, FAM mengalami kerugian lebih RM30 juta pada 2020 berikutan pemb4talan perlawanan membabitkan skuad Harimau Malaya di negara ini dan juga penaja menarik diri.

Situasi sama turut melanda pada tahun lalu sekali gus memerlukan tempoh yang lama untuk memulihkan kembali badan induk bola sepak berkenaan supaya dapat meneruskan aktiviti seperti biasa.

sumber : HM

Mengikut rekod, baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan menyumbangkan RM10 juta kepada FAM bagi membantu perkembangan mutu bola sepak negara.