Info sukan

Tahniah, Pemain JDT raih peluang keemasan

Pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Shafi Azswad Sapari meraih peluang keemasan apabila dipanggil bagi memperkuatkan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara di Kejuaraan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja, ketika ini.

Pemilihan Shafi itu bagi menggantikan Fahmi Daniel Zaaim yang disahkan p0sitif C0 vid-19 ketika ujian PCR sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Jumaat lalu.Menerusi kenyataan media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pengendali pasukan Brad Maloney memilih tonggak JDT itu untuk mencukupkan seramai 28 pemain di saingan itu.

“Shafi Azswad seterusnya akan mula menyertai latihan bersama pasukan selepas memperoleh keputusan ujian PCR setibanya di Phnom Penh,” katanya.

Skuad B-23 kebangsaan akan memulakan saingan Kumpulan B menentang Myanmar pada Selasa ini sebelum turun bertemu Laos Jumaat ini, dengan kedua-duanya berlangsung di Stadium Prince, Phnom Penh.

Juara dari setiap tiga kumpulan akan mara ke separuh akhir, dengan satu lagi slot akan diberikan kepada naib juara terbaik daripada tiga kumpulan terbabit.

sumber:- BH

Untuk rekod, juara bertahan Indonesia terpaksa menarik diri selepas beberapa pemainnya disahkan p0sitif C0 vid-19 sekali gus membuka peluang buat pasukan lain mer4mpas trofi berkenaan.