sukan Syok Woo Baca

Berita Gembira Buat Peminat Bola Sepak Malaysia

PEMINAT bola sepak tempatan menerima berita gembira apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pada Khamis mengumumkan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023.AFC sebelum ini mengesahkan bahawa semua perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format ‘single round robin’.

Langkah itu dibuat setelah mengambil kira faktor serta cab4ran disebabkan pand3mik C0 vid-19.Enam venue berpusat telah ditawarkan kepada 24 pasukan yang bertanding dalam saingan kelayakan itu.

Selain Malaysia, lima lagi negara yang terpilih ialah India; Kuwait; Kyrgyzstan; Mongolia dan Uzbekistan.Tiga tarikh telah ditetapkan untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 iaitu pada 8, 11 dan 14 Jun 2022.

Pasukan yang akan men3ntang Malaysia bakal ditentukan melalui undian rasmi pada 24 Februari ini.

SUMBER:SH

Pembahagian pasukan dalam b4lang undian adalah berdasarkan kedudukan ranking FIFA pada 10 Februari 2022.