sukan Syok Woo Baca

Impian Yang Terbuku di hati Kim Pan-gon Buat Skuad Harimau Malaya

Petaling Jaya: Impian ke Piala Dunia sebenarnya tidak mvstahil buat skuad Harimau Malaya dan pengendali baharu pasukan negara, Kim Pan-gon cukup yakin bendera Malaysia mampu berkibar megah di pentas tertinggi itu.

Menurutnya, sembilan slot pada Piala Dunia edisi selepas saingan di Qatar hujung tahun ini, kemungkinan salah satu tiket bakal menjadi milik pasukan dari rantau Asia Tenggara dan ia mungkin mampu dimiliki skuad Harimau Malaya.

Namun, pengendali dari Korea Selatan itu menegaskan bahawa dia perlu membina asas yang kukuh terlebih dahulu untuk Harimau Malaya termasuk membantu dari aspek pembangunan pemain muda.Selepas Piala Dunia kali ini, mungkin Piala Dunia yang seterusnya, Asia mungkin mempunyai sembilan posisi untuk pusingan akhir Piala Dunia. Jadi, saya fikir saya cuba bersedia untuk itu. Sudah pasti dalam jangka pendek saya perlu berikan keputusan yang p0sitif.

Saya akan cuba yang terbaik dan saya juga perlukan perancangan jangka panjang untuk membantu pemain muda bagi berkembang dengan baik,” katanya ketika ditemui pada sidang media pertamanya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, hari ini.

Berdasarkan rekod, Malaysia tidak pernah merasai nikmat beraksi di Piala Dunia yang hampir menjangkau usia 100 tahun dengan edisi pertama dilangsungkan pada 1930 di Uruguay.Bagaimanapun, skuad negara pernah meng3capi zaman kegemilangan pada era 70 dan awal 80-an apabila layak ke Sukan Olimpik sebanyak dua kali masing-masing pada 1972 dan 1980.

SUMBER:HMETRO

Begitupun, temasya 1980 di Moscow menyaksikan kontinjen Malaysia bersama beberapa negara lain menarik diri daripada saingan itu, sekaligus pasukan skuad Harimau Malaya tidak dapat beraksi di temasya itu.