sukan Syok Woo Baca

Ada perubahan corak permainan buat Skuad Harimau Malaya

Pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui pasukan negara memiliki keistimewaan dan potensi untuk mengg3gar arena bola sepak antarabangsa dan yakin mampu mengubah kelem4han itu.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada pemain untuk mengikut dan memahami falsafah serta corak pemainan bola sepak moden yang akan diterapkan olehnya nanti.

Katanya, antara kelemahan ketara perlu diberi perhatian adalah masalah keyakinan diri yang menjadi halangan mengapa skuad negara sering gagal di peringkat antarabangsa.Sebenarnya saya menghormati jurulatih sebelum ini yang sudah melakukan kerja sangat baik. Tapi saya ada falsafah sendiri dan ingin membaiki beberapa perkara termasuk soal mental.

Pemain Malaysia ada potensi yang baik tapi mereka tidak berapa yakin dengan diri sendiri. Jika yakin dengan diri sendiri, saya percaya mereka boleh capai sesuatu sehingga ke peringkat tertinggi di rantau ini. Saya yakin mengenai itu.

“Saya mampu bantu pasukan dan saya yakin pasukan mampu jadi kuat dengan berbekalkan semangat berpasukan dan beraksi sebagai satu unit. Kita akan dedahkan dengan permainan bola sepak moden dan beri tunjuk ajar bagaimana untuk bermain. Jika mereka memahami apa yang didedahkan dengan baik, saya yakin kita boleh berubah,” katanya pada sidang media pertamanya selaku pengendali negara di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, hari ini.

Terdahulu, Pan-gon yang berasal dari Korea Selatan dilantik bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletak jawatan awal bulan lalu selepas gagal di saingan Piala AFF di Singapura, Disember tahun lalu.

Pada sidang media sama, bekas jurulatih kebangsaan Hong Kong itu turut memperkenalkan empat lagi barisan kejurulatihan terdiri daripada iaitu Pau Marti Vicente selaku penolong jurulatih, Cho Jun Ho (jurulatih penjaga gol), Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis).

Mengulas lanjut, Pan-gon mengakui tidak gentar dengan cabaran yang bakal dilaluinya dan bersedia mengharungi untuk membantu pasukan kebangsaan.

sumber:- HM

“Saya suka cabaran dan sebagai jurulatih kebangsaan, ia akan datang dengan tekanan tinggi. Setiap rakyat dari seluruh negara fokus kepada skuad kebangsaan dan ia satu cabaran yang saya ambilnya dengan p0sitif. Saya pikul tugas ini dan anggap ia penghargaan terbesar, di mana tak semua (jurulatih) sanggup ambil cabaran ini,” katanya.

baca lagi di page kami: https://www.facebook.com/Bolasemasa18

like, share dan follow..TQ Semua.