sukan

Maloney Terpaksa ubah strategik baharu

SKUAD Bawah 23 (B-23) tahun negara akan dirombak menjelang pertemuan kedua menentang Laos dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan AFF 2022 di Stadium Nasional Morodok Techno, Phnom Penh pada Isnin ini.

Menurut pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney, beliau akan melakukan pertukaran empat hingga lima pemain dalam misi memburu kemenangan ke atas Laos nanti.Maloney mengakui terdapat kepincangan dalam skuad kendaliannya itu yang menyaksikan mereka t3was 1-2 kepada Laos dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Jumaat.

“R0mbakan ini diharap dapat merealisasikan objektif sebenar skuad B-23 negara dengan memberikan pendedahan kepada seramai mungkin pemain.

“Secara keseluruhannya, kami perlu teruskan dengan matlamat asal iaitu memberikan pendedahan kepada seberapa ramai pemain untuk beraksi.Kami mahu menjadikan Kejuaraan AFF kali ini sebagai proses pembelajaran buat pemain, selain membantu membina keyakinan diri mereka,” katanya dalam sidang akhbar secara maya di Kemboja pada Sabtu.

Skuad B-23 negara kini berdepan ujian getir dalam misi menjuarai Kumpulan B selepas tewas mengejut kepada Laos yang dianggap pasukan bukan pilihan pada edisi kali ini.

Bagaimanapun, mereka berpeluang membalas dendam kek4lahan itu apabila sekali lagi bakal membuat perhitungan dengan Laos pada Isnin.Pada Khamis, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memutuskan dua aksi dijalankan antara kedua-dua pasukan susulan penarikan diri Indonesia dan Myanmar.

Penarikan diri Indonesia dan Myanmar itu menyebabkan AFF membuat keputusan juara Kumpulan B hanya boleh ditentukan selepas Malaysia dan Laos beraksi dua perlawanan.

Mengulas kekalahan kepada Laos pada Jumaat, Maloney berkata, keg4galan anak-anak buahnya menterjemahkan peluang yang ada menjadi antara punca mereka terpaksa berputih mata.Para pemain juga seolah-olah seperti hilang punca pada separuh masa kedua sehingga memberi peluang kepada Laos untuk bangkit selepas ketinggalan pada babak pertama.

“Kami kehilangan arah pada separuh masa kedua, selain melakukan beberapa kesil4pan mudah di kawasan berbah4ya terutamanya apabila kami melepaskan gol kedua.

sumber : SH

“Kekal4han ini pastinya memberi pengajaran bermakna buat pasukan. Kami tidak boleh lagi mengulangi kesil4pan sama pada perlawanan kedua nanti,” jelasnya.