Info sukan

Janji Mr KPG Buat semua Penyokong bola sepak Harimau Malaya

Kuala Lumpur: “Jangan kacau beliau (pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon). Kita baginya masa dan kalau g4gal, p3cat saja beliau.”

Itu harapan legenda bola sepak negara, Bakri Ibni yang mahu semua pihak tidak mengganggu atau cuba menjadi ‘tangan gh4ib’ dalam skuad Harimau Malaya.

Katanya, sudah tiba isu sedemikian dihindarkan dan beri kebebasan buat jurulatih dari Korea Selatan itu mencorakkan permainan yang dimahukannya serta memberi kerjasama sepenuhnya terutama dalam soal pemilihan pemain.

“Isu campur tangan luar ini bukan benda baharu sebenarnya, malah ia sudah lama berlaku dalam pasukan negara sejak saya jadi pemain lagi.Tapi dulu walaupun ada campur tangan tapi pasukan tetap menghasilkan kejayaan. Sekarang lain, kalau ada campur tangan ia akan melemahkan lagi pasukan negara dan perkara itu perlu dihentikan.

Tapi saya percaya jurulatih baharu ini ada pendirian dan seorang yang lant4ng. Saya harap orang di luar janganlah sibuk dalam pengurusan pasukan, supaya jurlatih itu boleh buat kerja sebaiknya,” katanya kepada Arena Metro.

Menurutnya, jurulatih dari Korea Selatan sentiasa meletakkan tahap disiplin sebagai keutamaan dan perkara terbabit bakal diterapkan dalam pasukan.Korea Selatan layak ke Piala Dunia sebab apa? Sebab pemain mereka bagus dan tidak terkecuali jurulatih mereka juga bagus sehingga ramai yang berhijrah melatih pasukan di luar negara.

“Tapi kenapa jurulatih kita tidak sebegitu?Sebab pasukan kita tidak pernah layak Piala Dunia mahupun menang kejuaraan di rantau ini, jadi maknanya pemain kita di tahap biasa, begitu juga jurulatih.

“Ada satu perkara yang hebat pasal orang Korea iaitu disiplin. Jadi saya harap Persatuan Bolasepak Negeri (FA) dan pemain dapat ikut disiplin yang bakal jurulatih terapkan nanti supaya bola sepak kita juga boleh meningkat,” katanya.

SUMBER:HMETRO

Pan-gon, 53, dilantik dengan kontrak dua tahun bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletakkan jawatan bulan lalu susulan kegagalan di Piala AFF di Singapura Disember lalu.