Info sukan

Status Barisan Harimau Malaya terkini

Atas semangat kesukanan, skuad bawah 23 (B-23) tahun negara tetap akan turun menntang Laos malam ini meskipun kini kem negara hanya mempunyai 16 pemain sahaja.

Menurut kenyataan media yang keluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), seramai lima lagi pemain yang juga tonggak utama pasukan tidak dapat diturunkan dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja malam ini.Ia selepas semalam, pengendali pasukan Brad Maloney mengesahkan skuadnya kini hanya tinggal 21 pemain namun jumlah itu makin berkur4ngan selepas melakukan uji4n pantas antigen (ART) pagi tadi.

FAM ingin memaklumkan hanya 16 pemain dapat beraksi pada perlawanan men3ntang Laos di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh, malam ini selepas melakukan ujian pantas antigen (ART) pagi tadi.Manakala, beberapa pemain lagi masih menunggu keputusan ART berkenaan daripada Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF).

“Menerusi keputusan ART itu pagi tadi, skuad B-23 kebangsaan akan kehilangan khidmat beberapa pemain utama untuk perlawanan kedua menentang Laos, malam ini.Dengan peningkatan jumlah kes positif yang membimbangkan di dalam pasukan di Phnom Penh, Kemboja, kesihatan serta keselamatan pegawai serta pemain terus menjadi keutamaan FAM.

“Namun begitu, demi semangat kesukanan, Harimau Malaya B-23 tetap akan turun mengharungi perlawanan kedua menentang Laos, malam ini dan akan berjuang sehabis baik demi negara meskipun berdepan rintangan Covid-19,” kata kenyataan itu.

Skuad negara wajib menang ke atas Laos malam ini bagi mencuri tiket ke separuh akhir dengan syarat harus melakar mel3dak dua gol tanpa bol0s.

sumber: hmetro

Pada aksi pertama Jumaat lalu, Malaysia tewas 1-2 di tangan Laos.