sukan Syok Woo Baca

Tiada lagi isu pengadil selepas ini

Menjelang pembukaan Liga Malaysia (Liga M) bermula dengan aksi mer3but Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Sabtu ini, puluhan pengadil diingatkan agar sentiasa mengadili perlawanan dengan sebaiknya sepanjang musim 2022.

Dengan meletakkan misi ‘zerro issue’ atau tiada langsung kontrov3rsi membabitkan mutu pengadilan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan pihaknya sudah memperkasakan unit pengadilan tempatan itu dengan mengadakan pelbagai kursus buat pengadil.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundram berkata, badan induk itu cukup serius untuk memastikan musim 2022 ini tiadanya lagi isu pengadil yang sebelum ini sentiasa menjadi topik pertikaian pelbagai pihak.Katanya, bagi memastikan matlamat itu tercapai, pelbagai bengkel dan kursus diadakan bagi memantapkan mutu dan kualiti pengadil tempatan.

Malah jelasnya, beliau juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengadil sekiranya gagal mengendalikan perlawanan dengan sebaiknya, di mana hukuman penggantungan bakal menanti pengadil yang kurang memuaskan.

Dalam 132 perlawanan tahun 2021, hanya 12 pasukan buat aduan dan daripada jumlah itu…lima daripada satu pasukan, empat daripada satu pasukan serta tiga lagi daripada pasukan berasingan.

Lima dan empat aduan itu pula daripada pasukan yang menang, jadi dari segi peratusan baru sembilan peratus (aduan mengenai mutu pengadilan musim lalu).

Kita pun ada bagi pengadil kursus, memang FAM nak buat ‘zerro issue’. FAM nak pastikan dan pada masa sama kita nak pasukan pun bantu FAM terutama pegawai dan pemain, di mana pengadil jalankan tugasnya.

“Pengadil buat salah kita memang akan gantvng, FAM cukup serius berkenaan perkara itu. Seperti tahun lepas ada pengadil yang digantvng tiga bulan, ada juga pengadil yang diturunkan bawah liga ke Piala Presiden dan keluar daripada liga profesional,” katanya.

Pada musim lalu, FAM dilihat cukup tegas apabila menggantvng beberapa pengadil atas kecuaian ketika mengendalikan perlawanan Liga M.

Antara yang digantvng adalah Khirulazuan Kidam apabila ‘direhatkan’ selama dua minggu daripada mengendalikan aksi Liga M selain turun diturunkan ‘pangkat’ dan perlu mengikuti program penambahbaikan susulan prestasi kurang memuaskan ketika mengadili perlawanan Liga Super antara Sabah FC men3ntang Terengganu FC di Stadium Likas Kota Kinabalu pada Mac tahun lalu.

Selain itu, empat pegawai perlawanan yang mengendalikan aksi Liga Perdana antara Kelantan FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, pada 27 Ogos lalu turut berdepan hukuman apabila digantvng selama tiga bulan serta merta.

Kalau tiga bulan (gantvng) sudah keras…lagi tiga bulan akan turun liga amatur pun sudah keras.

sumber : HM

“FAM sentiasa serius dan FAM sentiasa ingatkan pengadil kita yang mereka adalah seorang hakim dalam padang, dan pasukan sudah keluar duit berjuta. Macam mana pun kamu (pengadil) kena buat yang terbaik,” kata Sivasundram yang juga Timbalan Presiden FAM.