sukan Syok Woo Baca

Pembuka Tirai KL CITY dan JDT dijangka S3ngit

PRESIDEN Kuala Lumpur (KL) City FC Tan Sri Annuar Musa menjangkakan perlawanan sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City FC bakal menjadi satu pertemuan epik yang cukup menarik.Pertembungan bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu yang merupakan aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2022 akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, Sabtu ini.

Annuar berkata, JDT sebagai pasukan berprestasi tinggi dan memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri pasti turun dengan matlamat menebus kekalahan 0-2 kepada KL City FC pada pentas final Piala Malaysia musim lalu.Sewaktu final (Piala Malaysia) pun saya tak malu mengatakan JDT bermain lebih baik cuma KL City beraksi dengan lebih bijak tetapi JDT adalah pasukan yang lebih baik. Jadi bila KL City bermain di JB (Johor Bahru), mereka akan hadapi saingan s3ngit tetapi dalam bola sepak segalanya mungkin.

“Tetapi saya jangkakan satu perlawanan yang cukup menarik dan KL City boleh terus memberikan tentangan dengan cara tersendiri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran RTM Selaku Rakan Penyiar Unifi Liga Malaysia 2022 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, pada Rabu.Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan akan melepaskan jawatan presiden kelab itu atas faktor kekangan masa dalam memainkan peranan sebagai presiden sejak memimpin Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Sementara itu, Annuar berkata JDT yang melakar rekod menjuarai Liga Super lapan kali berturut-turut musim lalu dan KL City FC selaku juara Piala Malaysia 2021 adalah dua pasukan yang mempunyai gaya bola sepak berbeza.

Katanya, KL City FC juga tidak mempunyai pemain bintang sementara skuad The City Boys mempunyai pasukan yang agak seimbang.”Kita perkasakan (pasukan) bukan kepada penyerang tapi lebih kepada bahagian tengah, kita bermain ‘possession football’ dan sebagainya,” katanya.

Sebagai rekod, aksi Piala Sumbangsih yang merupakan perlawanan pembuka tirai saingan musim baharu Liga-M membabitkan pert3mbungan antara juara Liga Super dan juara Piala Malaysia musim terdahulu.

JDT dinobatkan juara edisi 2021 yang menyaksikan skuad Harimau Selatan mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut selepas membenam cab4ran Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-0.Sejak dipertandingkan bermula 1985, JDT muncul juara perlawanan sumbangsih sebanyak enam kali sejak penubuhan kelab itu pada 2013, manakala ini penampilan sulung KL City FC yang ditubuhkan pada 2020.

sumber:sh

Kuala Lumpur FA pernah menjuarai Piala Sumbangsih sebanyak tiga kali pada 1988, 1995 dan 2000.