sukan

JDT Miliki Peluang Yang Besar

Tiada laluan mudah buat juara Piala Malaysia, KL City FC selepas juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi pengh4lang terbesar dalam misi membawa pulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Sabtu ini.

Situasi itu diakui pertahanan skuad The Cityboys, Irfan Zakaria apatah lagi selepas skuad Harimau Selatan pasti turun dengan misi untuk membalas d3ndam selepas dikecewakan mereka pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu.

Saya rasa kita semua tahu kekuatan JDT pada musim ini dan mereka mempunyai banyak kelebihan selain beraksi di laman sendiri dan dibanjiri dengan penyokong di stadium.

Kami sebagai pemain hanya akan memberikan yang terbaik. Kalau ada rezeki untuk menang, InsyaAllah kita akan menang sekali lagi seperti tahun lalu.

“Cuma, kita kena lebih waspada kerana pastinya ini akan menjadi misi balas d3ndam JDT kepada KL City FC untuk mereka membvru kemenangan,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir mereka memenangi Piala Sumbangsih adalah pada 2000 yang menyaksikan skuad ibu kota mengetepikan Brunei 4-3 menerusi sepakan penalti penentuan selepas terikat 1-1.

sumber:- BH

Secara keseluruhan, KL City FC menjulang Piala Sumbangsih sebanyak tiga kali iaitu pada 1988, 1995 dan 2000.