Syok Woo Baca

Jurulatih Sri Pahang Atur Strategik

Kuantan: Biarpun persiapan Sri Pahang FC ketika pramusim tidak berjalan mengikut perancangan, ketua jurulatih, Christophe Gamel memandangnya daripada sudut p0sitif.

Jurulatih berumur 50 tahun itu berkata, segalanya bermula dengan baik terutama ketika menjalani latihan pusat Muadzam Shah, Rompin.

“Namun, faktor kec3d3raan beberapa pemain menyebabkan segala yang dirancang menjadi rumit tetapi ia perlu diteruskan.Memang untuk membentuk persefahaman dalam kalangan pemain tidak seperti yang diinginkan tetapi saya tetap gembira.

“Ini kerana saya dapat menguji pemain muda terutama ketika aksi persahabatan di Terengganu baru-baru ini,” katanya.Ditanya barisan pemain muda yang akan diketengahkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, beliau turut menyenaraikan beberapa pemain Piala Presiden musim lalu menyarung skuad senior.Katanya, empat pemain dinaikkan pangkat dan kemungkinan khidmat pemain muda lain akan dit4gih dalam saingan liga musim ini.

Diharapkan musim ini semua pemain termasuk import dapat memberikan persembahan yang terbaik buat pasukan,” katanya.Musim ini, Sri Pahang FC menyasarkan lima kedudukan teratas dalam saingan Liga Super.

Sasaran itu berdasarkan perubahan yang dilakukan kelab itu dalam menghadapi saingan Liga M terutama dibarisi sebahagian besar pemain baharu.

SUMBER:

Sri Pahang bukan sahaja akan berdepan pasukan lebih kuat malah cab4ran lain ialah berdepan wabak C0 vid-19 yang memerlukan disiplin tinggi dalam menyekat penul4ran wab4k itu.