sukan

Bintang Kecil pecah rekod dunia harap dapat tawaran ke JDT

Dainnel Aqashah Rakmatulla megharapkan pengiktirafan yang memahatkan namanya dalam Champions Book of World Records dapat menjadi pencetus untuk Malaysia layak ke Piala Dunia suatu hari nanti.Pemain bola sepak berusia 14 tahun itu memecahkan rekod dunia dengan timangan bola sebanyak 278 kali hanya dengan kaki kanannya untuk mengatasi pemegang rekod terdahulu dari Brazil.

Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, pemain SMK Gunung Rapat itu, yang turut mencatatkan namanya dalam buku rekod negara dan Asia sebelum ini, berkata dia juga berharap dapat menyarung jersi skuad senior kebangsaan kelak selepas pernah mewakili skuad remaja negara sebelum ini.

Syukur Alhamdulillah, saya sangat gembira dapat membanggakan ibu-bapa saya dan seluruh peminat saya di Facebook dan Instagram yang sentiasa menyokong saya dari belakang.

Saya harap kejayaan saya dalam Champions Book of World Records ini dapat ditukarkan dengan Malaysia layak ke Piala Dunia bola sepak buat kali pertama.

Alhamdulillah, segalanya baik, saya juga berharap akan mendapat tawaran daripada AMD (Akademi Mokhtar Dahari) atau JDT (Johor Darul Ta’zim).

sumber : SA

“Selain itu, saya berharap dapat menembusi skuad senior kebangsaan pada usia 16 atau 17 tahun,” katanya.