sukan

Kehadiran penaja baharu dalam Liga M

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan beberapa lagi penaja baharu saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini akan diumumkan selepas berbuat demikian membabitkan beberapa nama awal sebelum ini.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata kehadiran penaja lama dan baharu itu jelas memberikan satu isyarat p0sitif dalam industri bola sepak tempatan yang cukup terkesan akib4t pand3mik C0 VID- 19 sejak dua tahun lalu.

Katanya, bagi merancakkan lagi saingan dan meningkatkan nilai komersial liga, MFL melakukan perubahan format sepak mula pertandingan yang mana pada musim ini sepak mula Liga Super dan Liga Perdana bermula tiga waktu berbeza iaitu jam 7.30 malam, 8.15 malam dan 9 malam.Pertama saya ingin mengucapkan selamat datang kepada penaja-penaja termasuk lama dan baharu. Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat datang Unifi, Active Sports, Luno, Pos Malaysia, Proviton STR dan Uphamol dalam Liga Malaysia.

“Kehadiran penaja-penaja ini menjadi satu signifikasi yang sangat penting kepada industri bola tempatan Malaysia kerana kita semua mengetahui setiap pihak memainkan peranan cukup penting dalam memkomersialkan nilai Liga Malaysia.Malah, ada beberapa penaja baharu akan datang menyertai Liga Malaysia 2022 selepas ini. Sama-sama kita nantikan siapakah penaja baharu yang dimaksudkan nanti.

“Suka diumumkan juga bahawa musim ini kita mempunyai tiga format sepak mula berbeza dan sudah pasti format baharu sepak mula Liga Malaysia ini bakal memberikan manfaat bukan sahaja kepada penaja, sebaliknya seluruh penyokong tempatan untuk menikmati perlawanan dengan waktu yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, lebih menarik apabila Stuart turut mengesahkan penyokong akan disajikan dengan siaran langsung semua perlawanan Liga Perdana musim ini menerusi platform media sosial YouTube MFL.

Katanya, siaran langsung Liga Super musim ini diteruskan menerusi platform rasmi unifi di saluran unifi Sports dan platform media sosial rasmi YouTube unifi.Demi kepuasan penyokong, MFL sedang berusaha mengelak isu t3knikal stadium untuk menyiarkan siaran langsung semua 90 perlawanan Liga Perdana. Jika segala berjalan lancar MFL akan menyiarkan 90 perlawanan itu bagi memastikan kemeriahan Liga M dapat dinikmati semua penyokong.

“Semua orang boleh menikmati semua siaran langsung Liga Super 2022 di lima saluran unifi Sports yang disediakan di kotak televisyen (TV Box) atau aplikasi unifi PlayTV yang boleh dimuat turun dari Google PlayStore atau Apple App Stores. Apa yang anda perlukan adalah daftar dan masuk secara percuma.

sumber:bh

“Siaran langsung Liga Super 2022 sebanyak 132 perlawanan juga boleh dinikmati melalui saluran YouTube rasmi milik unifi sementara platform Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga disediakan untuk satu perlawanan terpilih pada setiap minggu.