sukan

Sabah FC Hadir Tanpa 3 Import

KOTA KINABALU: Sabah FC mungkin beraksi tanpa tiga pemain import yang menjadi s4ndaran utama pasukan dalam s4ingan pembukaan Liga Super menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Likas, di sini, malam esok.

Neto Pesoa dan Jackson De Souza, kedua-duanya dari Brazil serta Taiki Kagayama dari Jepun disahkan masih belum s3mbuh daripada keced3raan selepas perlawanan pra musim baru-baru ini.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, berkata beberapa pemain tempatan juga belum pulih sepenuhnya dan mungkin tidak dapat beraksi sekali gus memaksa pasukan membuat keputusan suk4r dengan mengambil kira perlawanan seterusnya yang lebih banyak.Kita masih mempunyai tempoh sebelum sepak mula Liga Super tapi yang paling penting kita harus melihat dari segi kecergasan pemain sebelum memikirkan sama ada mereka akan diturunkan atau sebaliknya.

Kita tidak harus memikirkan hanya perlawanan pertama atau kedua tetapi perlawanan seterusnya juga perlu diambil kira kerana tempoh liga agak panjang. Saya perlu memikirkan jangka masa panjang untuk memastikan semua pemain berada dalam tahap kecergasan terbaik mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Kim Swee menegaskan pemain lain yang akan diturunkan esok tetap mampu memberikan aksi yang diharapkan, lebih-lebih lagi bermain di laman sendiri yang sudah pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Selain aksi pertama Liga Super esok, Sabah juga akan bermain di laman sendiri dalam dua lagi aksi Piala FA yang menyusul selepas itu.Kim Swee menyifatkan pertemuan menentang NSFC sebagai menc4bar kerana pasukan pelawat itu juga memiliki pemain yang berkualiti selain situasi dihadapi Sabah FC sendiri yang masih berdepan pemain ced3ra.

SUMBER:BH

Kita tidak memandang rendah kemampuan Negeri Sembilan FC meskipun mereka baru dinaikkan ke Liga Super pada musim ini. Mereka mempunyai barisan pemain berkualiti sekali gus boleh menjadi ancaman menjelang pertemuan nanti.