sukan

Dua Pasukan Ini Mampu sekat dominasi JDT

TIRAI Liga Malaysia (Liga-M) 2022 dibuka secara rasmi pada Sabtu lalu. Sekalung tahniah diucapkan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut sejak 2018.

Kejayaan memben4m penyandang juara Piala Malaysia, Kuala Lumpur (KL) City FC 3-0 pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim itu membuktikan betapa JDT sekali lagi dilabel pasukan pilihan bagi mendominasi Liga-M 2022.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan JDT berada dalam kelas tersendiri berbanding barisan pencabar terdekat mereka dalam membvru tiga trofi domestik musim ini – Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.Mungkin ia hanya ramalan awal tetapi keampuhan JDT sememangnya tidak boleh dipertikaikan. Kehadiran beberapa muka baharu termasuk peny3rang import, Fernando Forestieri sebagai ‘peneman’ Bergson da Silva mampu memperkasa lagi kekuatan Harimau Selatan.

Tampil selaku juara Liga Super lapan kali berturut-turut, JDT pastinya tidak mahu menoleh ke belakang untuk menambah koleksi trofi kejuaraan di kabinet mereka selepas menyambar 18 gelaran juara di peringkat domestik dan satu di pentas Asia sejak 2014.

Dalam memperkatakan kehebatan JDT selepas ditransformasi pada tahun 2013, peminat dan penyokong bola sepak tanah air masih ternanti-nanti kemampuan pasukan lain dalam ‘mem4tikan’ langkah Harimau Selatan dalam persaingan Liga Super.

Andai dibuat penilaian atas kertas, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC (TFC) dilihat sebagai ‘mvsuh tradisi’ yang mampu meny3kat dominasi JDT bersandarkan keupayaan kedua-dua pasukan itu sejak beberapa musim lalu.

Bagaimanapun, keupayaan juara Piala Malaysia 33 kali yang juga gergasi Lembah Klang – Selangor (FC) selain penampilan Sri Pahang FC tidak boleh dipandang sepi atas rekod cemerlang kedua-dua pasukan itu di pentas Liga-M sebelum ini.Selain keempat-empat pasukan berkenaan, dua silent killer – KL City FC mahupun Penang FC turut diramal mampu mencipta kejutan biarpun peluang mereka tampak agak kecil jika hendak dibandingkan dengan KDA FC, TFC, Selangor FC dan Sri Pahang FC.

Bagi lima lagi pasukan – Melaka United FC, Negeri Sembilan FC, PJ City FC, Sabah FC dan Sarawak United FC, kedudukan ‘kelas pertengahan’ tampak lebih realistik – paling penting mengelak menghuni dua tangga terc0rot seterusnya ters!ngkir ke Liga Premier musim depan.

Dalam saingan Liga Premier musim ini, JDT II, TFC II dan Selangor 2 kekal berstatus Reserve Team, sekali gus menyaksikan Perak, Kelantan United FC, Kelantan FC, Kuching City FC, PDRM FC, Skuad Projek FAM-MSN dan UiTM FC akan bersaing memburu dua tiket Liga Super 2023.

Pada awalnya, Perak FC diletakkan sebagai antara pasukan pilihan yang mampu menduduki dua tangga teratas Liga Premier 2022. Namun, dengan pelbagai kem3lut dihadapi Perak FC yang masih tiada titik noktahnya meletakkan keupayaan mereka kini menjadi tanda tanya.

Lebih menambah tekanan Perak FC apabila tidak dapat mempertaruhkan tonggak termasuk ‘tiga bintang’ – Indra Putra Mahayuddin, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Ahmad Syamim Yahya gara-gara sekatan perpindahan pemain yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pada ketika Perak FC dilihat masih bergelut dalam menangani ‘mas4lah dalaman’ yang timbul, peluang Kelantan FC dan Kelantan United FC kini tampak terb3ntang luas dalam misi mereka menyambar dua slot ke saingan Liga Super 2023.

SUMBER:SH

Apa sahaja percaturan setiap pasukan musim ini, pemburuan takhta Liga Super mahupun Liga Premier dijangka sekali lagi menarik perhatian. 12 pasukan Liga Super dan 10 pasukan Liga Premier berentap mengecapi kemasyhuran di pentas Liga-M 2022.