sukan

Misi Besar Untuk TFC – Tomislav Steinbruckner

Kuala Terengganu : Pengarah Teknikal Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Tomislav Steinbruckner mempunyai misi besar bersama kelab Pantai Timur itu walaupun kurang seminggu dilantik memegang jawatan berkenaan.

Pengendali kelahiran Crotia yang sudah ‘jatuh cinta’ dengan kelab itu akui falsafah dan corak latihan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain sama dengannya membuatkan beliau lebih yakin bersama kelab itu.

Justeru katanya, peluang yang diberikan pengurusan kelab itu akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam misi memajukan pasukan selain membantu pasukan mengintai kejuaraan serta melahirkan lebih ramai pemain berkualiti.

“Pertamanya saya begitu gembira dapat kembali ke Terengganu, terima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi peluang kepada saya untuk menggalas tugas ini dan sudah mengenali beberapa individu di sini.

“Bagaimanapun kehadiran saya bukan untuk ‘makan angin’, tapi mempunyai tugasan dan misi besar bersama kelab TFC ini yang dilihat semakin meningkat.

“Saya pasti semua mahukan yang lebih baik daripada sebelum ini, jadi sayapun begitu, ini janji saya, bersama kelab ini juga saya akan membantu jurulatih untuk menjadi yang terbaik sekali gus pasukan juga lebih baik musim ini.

“Lagi satu falsafah dan corak latihan Nafuzi adalah sama dengan saya, situasi ini penting bagi meneruskan kesinambungan sekali gus mampu meningkatkan lagi kualiti permainan individu dan pasukan,” katanya yang sebelum ini membimbing kelab T-Team.

sumber:hmetro

Terdahulu bekas pengendali T-Team 2015 itu hadir minggu lalu bagi mengisi kekosongan jawatan itu yang sebelum ini milik bekas jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim.