sukan

Penjaga Gol Sri Pahang Harapkan Tuah Untuknya

Kuantan: Penjaga gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin tetap kekal fokus walaupun menyedari peluang untuk dipilih selaku penjaga utama tipis musim ini.

Namun, pemain berumur 27 tahun itu tidak akan berputus asa untuk meyakinkan barisan kejurulatihan, khususnya ketua jurulatih, Christophe Gamel.Memang suk4r untuk disenaraikan selaku penjaga gol utama dengan kehadiran penjaga gol import, Mamadou Samassa dalam pasukan musim ini.

Tapi saya perlu sentiasa bersedia dan kekal cergas jika Samassa tidak dapat beraksi disebabkan mengalami keced3raan.Pada masa sama, dua rakan di p0sisi sama turut sama untuk berada dalam kesebelasan utama pada setiap perlawanan.Ketika ini, saya hanya memberikan fokus kepada latihan dan memberikan yang terbaik jika disenaraikan untuk beraksi,” katanya.

Musim ini, selain Samassa dan Zarif Irfan, Sri Pahang turut menyenaraikan dua lagi penjaga gol iaitu Daniel Wafiuddin Sa’dun dan Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi.Ditanya mengenai Samassa yang memiliki ketinggian 1.97 meter itu, Zarif Irfan mengakui gembira kerana dapat bermain dalam satu pasukan.Katanya, pengalaman luas yang dimiliki penjaga gol kebangsaan Mali itu memberikan kelebihan kepadanya serta rakan lain.Sebagai pemain berpengalaman, saya turut meminta nasihat dan tunjuk ajar dalam meningkatkan prestasi.

SUMBER:HMETRO

Kami turut berkongsi pengalaman memandangkan Samassa baru menyertai Liga Malaysia (Liga M) musim ini.