sukan

Mora Harapkan perkara ini tidak berulang lagi

JOHOR BAHRU: Apakah Johor Darul Takzim (JDT) akan berdepan situasi sama ketika menentang Penang FC apabila melayani kunjungan Sarawak United FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam esok?

Mengimbas aksi Jumaat lalu, skuad kendalian Benjamin Mora mengalami kesukaran untuk memecah benteng anak didik Tomas Trucha yang mempraktikkan corak permainan `berkampung’ dan hanya mampu menang 1-0 hasil gol t4ndukan Bergson Da Silva.Malah, Mora sendiri menegaskan pemainnya mungkin akan berdepan senario yang sama tatkala mana-mana pasukan yang bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim akan melakukan apa saja untuk mencari keputusan seri.

Walaupun Sarawak (United FC) tewas 0-1 kepada Kedah, kami perlu berh4ti-h4ti apabila berdepan dengan mereka yang pasti mahu bangkit untuk membvru kemenangan pertama dan kami juga harus berusaha mengutip mata maksimum.Kami akan menganalisa corak permainan lawan itu dalam usaha untuk beraksi dengan lebih ampuh bagi mengawal rentak permainan dan dari situ kami akan tampil strategi yang berkesan bagi membvru kemenangan.

Apa yang penting kami harus bermain dengan corak permainan tersusun dan menguasai posisi tengah selain meny3kat pergerakan lawan yang akan mengamal corak serangan balas pantas,” katanya.

Mora juga menegaskan skuad Kenyalang Emas yang kembali beraksi di pentas liga elit d0mestik musim ini tidak boleh di pandang rendah dan mampu menggvgat perancangan JDT seandainya pemain melakukan kesil4pan mudah.Beliau berkata, penekanan akan dilakukan terutama strategi asas dan kerap mengawal bola kerana kajian statistik permainan, sama ada JDT dan pasukan lawan hanya beraksi lebih kurang 35 minit permainan secara keseluruhan.

sumber: bh

Jika dinilai, tempoh JDT beraksi di padang hanya 23 minit sahaja. Justeru, dalam tempoh 23 minit kami harus melakukan banyak perkara bagi memastikan kemenangan,” katanya.