KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyangkal tuduhan penyokong bola sepak Sabah yang mengatakan beliau meminggirkan pemain tempatan Sabah dalam saingan Liga Super musim ini.
Beliau menegaskan, tiada istilah pilih kasih dalam pemilihan pemain yang diturunkan pasukannya dalam satu-satu perlawanan membabitkan skuad Sang Badak itu.
Sebaliknya, beliau menjelaskan kemampuan setiap pemain akan dinilai sebelum disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan bagi menghadapi sesuatu perlawanan.Apabila saya menubuhkan satu pasukan baharu Sabah FC, sebenarnya tidak timbul soal isu yang mana saya harus menurunkan pemain tempatan atau pemain dari mana sekalipun.Apa yang penting bagi saya, jika mereka mampu beraksi sebagai kesebelasan utama mereka tetap akan diturunkan dan setiap pemain yang diturunkan mereka bukan beraksi untuk diri sendiri.
Setiap pemain bermain untuk pasukan, mereka memakai lencana kebanggaan di dada iaitu Sabah FC dengan memastikan mereka mampu mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.Saya tidak nampak ini sebagai satu isu utama, kecuali ada segelintir dalam kalangan mereka sengaja untuk menimbulkan masalah ini sehingga mengganggu perjalanan pasukan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Kim Swee mengulas rungvtan seg3lintir penyokong Sabah FC di media sosial yang melihat pasukan kendaliannya tidak menyenaraikan pemain tempatan pada perlawanan pertama Liga Super 2022 menentang Negeri Sembilan FC (NSFC), di Stadium Likas, Jumaat lalu.
Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan dengan PJ City FC di Stadium Likas, esok, Kim Swee mengakui pertemuan itu satu cab4ran besar kepada Sabah FC meskipun pasukan lawan tidak dibarisi pemain import.Kita tahu pasukan PJ City FC sudah bersama-sama lebih kurang tiga tahun dengan pemain yang sama dan mereka membuktikan walaupun bermain tanpa pemain import, mereka mampu beraksi dengan cemerlang.Pemain berpengalaman mereka termasuk K Gurusamy, Darren Lok, S Kumaahran dan Mahali Jasuli adalah bekas pemain kebangsaan tetapi mereka masih lagi mempunya nilai persembahan yang cukup baik.
Jadi sudah tentu ini satu tugasan yang lebih menc4bar dan saya percaya pasukan PJ City cukup baik walaupun tanpa pemain import,” katanya.
SUMBER:BH
Kim Swee berkata Sabah FC akan mengekalkan beberapa pemain import untuk menghadapi PJ City berdasarkan prestasi cemerlang ketika menentang NSFC, Jumaat lalu di Stadium Likas yang menyaksikan Sabah FC tewas 1 – 0.