sukan

Tunggu Kipre Tchetche April Ini

Striker import Terengganu FC (TFC) kelahiran Ivory Coast, Kipre Tchetche menjelaskan dia terpaksa menanti lebih lama lagi untuk membuat penampilan sulung bersama bekas pasukannya itu musim ini.

Ia susulan pertemuan dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super yang dijadualkan pada malam ini ditunda selepas 15 pemain dan tiga pegawai skuad Hobin Jang Hobin itu dijangk!ti C0 vid-19.

Bagaimanapun bekas striker Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim 2020/2021 itu akur dengan penundaan perlawanan itu walaupun sedikit sebanyak menjejaskan motivasinya dan rakan sepasukan ketika persiapan rapi sudah dilakukan sejak pramusim lagi.

Kini saya sudah cergas sepenuhnya untuk memulakan sepak mula Liga Malaysia (Liga M) walaupun ketika aksi pramusim saya mengalami sedikit masalah kes!hatan.

Begitu juga dengan rakan sepasukan yang bagaikan tidak sabar lagi untuk turun beraksi buat kali pertama musim ini bagi mengutip mata maksimum sekali gus menyuntik semangat untuk aksi pusingan pertama Piala FA minggu depan.

“Namun malangnya impian untuk beraksi tidak kesampaian kerana perlu menanti pada bulan depan sebelum dapat membuat penampilan sulung bersama TFC musim ini, tapi saya akur dengan situasi terkini itu,” katanya.

Mengulas lanjut, pemain berusia 35 tahun itu berkata, skuad kendalian Nafuzi Zain memiliki kualitinya yang tersendiri untuk memburu kejuaraan musim ini apabila dibarisi ramai pemain muda berbakat selain pemain import berkaliber.

Pada 2018 dan 2019, saya pernah beraksi bawah Nafuzi ketika beliau menjadi pembantu ketua jurulatih Irfan Bakti Abu Salim, jadi sudah tentu saya sudah biasa dengan corak latihan beliau kerana masing-masing ada kekuatannya yang tersendiri untuk muncul juara.

“Namun apa yang penting saya gembira dapat kembali menabur bakti bersama pasukan TFC ini,” kata pemain yang digelar ‘Drogba Ganu’ itu.

sumber:- HM

Pada 5 Mac lalu pertemuan TFC dengan Sri Pahang FC juga terpaksa ditangguhkan berikutan 22 pemain dan pegawai skuad Tok Gajah p0sitif C0 vid-19.