sukan

Kelantan United FC Sudah Temui Rentak

KUALA TERENGGANU: Kelantan United FC (KUFC) tidak berdepan mas4lah untuk mara ke pusingan kedua saingan Piala FA apabila mudah menundukkan Kinabalu Jaguar FC 4-0 pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Skuad Kijang Hijau kendalian Syamsul Saad memperoleh jaringan pertama menerusi sepakan percuma menarik Muhammad Haziq Subri pada minit ke-34 yang gagal ditolak keluar penjaga gol, Mohd Sakri Masri.

Lapan minit berselang, skuad KUFC yang beraksi dalam kancah Liga Perdana musim ini berjaya menambah jaringan kedua menerusi jaringan Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin.

Jaringan itu berpunca dari hantaran lintang Mohd Zulkiffli Zakaria dalam kotak penalti dan Asraff yang tidak dikawal mudah menolak masuk untuk pasukannya mendahului 2-0.

Sepanjang babak pertama, skuad kendalian Mohd Ayyman Shah Johny Abdullah yang beraksi dalam Liga M3 hanya memperoleh dua peluang terbaik, namun gag4l menghasilkan gol dengan penguasaan jelas memihak kepada tuan rumah yang menurunkan tiga pemain import.

Bersambung babak kedua, pemain tengah kelahiran Ghana, Amidu Salifu yang pernah beraksi dengan kelab Fiorentina dalam Serie A Itali berjaya menanduk gol ketiga pasukannya pada minit ke-51 berpunca sepakan sudut Njoku Jacob.

SUMBER:BH

Belum sempat Kinabalu Jaguar FC menyusun strategi, penyrang kelahiran Nigeria, Jacob menambah derita pelawat apabila rembatan k3ncangnya dalam kotak penalti pada minit ke-58 gag4l ditampan penjaga gol sekali gus mengukuhkan kedudukan 4-0.