Semasa sukan

Tidak Berniat Begitu – JDT

Johor Bahru: Bukan jaringan besar yang menjadi agenda utama Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas membelasah BRM FC 10-0 pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Sebaliknya, pengendali JDT, Benjamin Mora menegaskan sebelum aksi menentang kelab dari Kuala Kangsar itu, beliau berpesan kepada pemain untuk tampil dengan corak permainan agr3sif dan tersusun malah perlu konsisten sepanjang 90 minit perlawanan tanpa melakukan kesil4pan.

Katanya, perancangan itu penting bagi memastikan JDT tidak terpera\4ngkap dengan corak permainan lawan yang mungkin akan tampil mantap dan langkah untuk mengasak ke kubu lawan dan bertindak pantas menjaringkan gol adalah tepat.

“Apa yang paling suk4r adalah mengekalkan ar4han dan formasi permainan kerana dalam kegirangan menjaringkan gol, kemungkinan pemain akan mudah leka kerana terlalu selesa dan sebab itu pemain JDT tahu mereka tidak boleh lakukan kesil4pan.Cara JDT adalah kami tidak akan berhenti sehingga tamat perlawanan dan itulah cara permainan kami malah kami tampil ibarat berdepan dengan pasukan terbaik kerana pemain JDT berlawan diri sendiri untuk memberi persembahan yang mantap.

Apapun, saya memuji penampilan BRM FC yang cuba beri saingan terhadap JDT dan bermain secara p0sitif dengan mengamal corak permainan terbuka tanpa beraksi secara bertahan, malah mereka juga menggunakan p0sisi sayap kiri dan kanan untuk meng4sak kubu JDT,” katanya.

Mora juga memuji tindakan pantas penjaga gol, Haziq Nadzli yang berjaya menyelamat sepakan penalti Mohd Fitri Omar bagi mengelak g4wang JDT dibol0si dan menganggap pemain itu begitu cekap untuk menafikan sepakan penalti lawan.

Beliau juga berpuas hati dengan penampilan pertama Daryl Sham George yang berusia 18 tahun apabila tidak kek0k beraksi bersama JDT malah mampu menjaringkan gol.

Sementara itu pengendali BRM FC, Ahmad Fairuz Mohd Yunos tidak menganggap kekal4han besar itu menjatuhkan moral pemainnya sebaliknya beliau menegaskan barisan pemain yang 90 peratus tidak pernah beraksi men3ntang kelab profesional meraih pengalaman berguna.

“Apa yang dimalukan. Kami tewas kepada pasukan yang hebat di negara ini. Malah sebelum beraksi dalam perlawanan itu beberapa rakan saya mencadangkan untuk kami beraksi secara bertahan tapi saya enggan mengamal corak permainan itu.

SUMBER:HMETRO

“Kami tampil dengan permainan terbuka dan sekurang-kurangnya pemain belajar bagaimana untuk menyerang dan bertahan secara berpasukan tapi JDT terlalu kuat dan bijak mengambil kesempatan daripada kesil4pan kami,” kata Ahmad Fairuz.