sukan

Status Sebenar Rizal Ghazali

Sabah FC sama sekali tidak menyokong tindakan men0lak panggilan skuad Harimau Malaya seperti mana yang dilakukan pemain pertahanannya, Rizal Ghazali.

Justeru itu, pengurusan Sabah FC akan menasihati Rizal untuk memberi penjelasan terperinci kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung ketidakhadirannya itu.Sabah FC menyokong penuh dan sentiasa bekerjasama terhadap pasukan kebangsaan dan pemilihannya.

Dengan itu, pengurusan Sabah FC akan menasihati Rizal Ghazali untuk memberi penjelasan terperinci pada FAM mengenai ketidakhadirannya. Sebelum ini Rizal menyatakan dia akan pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk menguruskan hal peribadi keluarga.

Bagaimanapun, Pengurus Sabah FC, Marzuki Nasir akan berkomunikasi dengan Rizal untuk mendapatkan gamb4ran yang lebih jelas mengenai situasi ini kerana kami tidak membenarkan pemain kami menolak panggilan pasukan kebangsaan.Mewakili Harimau Malaya adalah satu pengiktirafan tertinggi yang mana seseorang pemain harus berasa bangga,” kata Sabah FC dalam satu kenyataan.

Rizal sebelum ini dilaporkan boleh dikenakan hukvman berat termasuk pengg4ntungan daripada aktiviti bola sepak jika pemain berusia 29 tahun itu menolak panggilan skuad kebangsaan tanpa alasan kukuh.

Rizal masih memiliki masa untuk muncul ke kem latihan negara sehingga Isnin depan dengan tindakan hukvman akan bermula dalam tempoh jend3la aksi antarabangsa Fifa sahaja.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar, buat masa ini pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan ke atas Rizal yang menolak panggilan pasukan negara.

sumber:hmetro

Skuad negara kendalian Kim Pan-gon kini dalam persiapan untuk menghadapi tiga aksi persahabatan di Singapura apabila dijadual men3ntang Filipina pada 23 Mac serta tuan rumah tiga hari kemudian dan kelab Albirex Niigata Singapura (28 Mac).