sukan

Pertembungan Yang Dinantikan

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlawanan pertama Liga Super menemukan Sri Pahang FC dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang ditunda 5 Mac lalu akan dilangsungkan pada 4 Ogos depan.

Bagaimanapun MFL berkata, ia tertakluk kepada kelayakan Sri Pahang dan TFC ke perlawanan akhir Piala FA 2022 pada 6 Ogos.

Sekiranya Sri Pahang atau TFC layak ke perlawanan akhir Piala FA, maka perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan akan dipinda kepada 23 Ogos.

MFL juga mengumumkan perlawanan membabitkan Selangor dan Sri Pahang yang ditunda pada 8 Mac lalu di Stadium MBPJ, akan dilangsungkan pada 29 April depan.

Manakala aksi antara TFC dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang ditunda 9 Mac lalu, bakal berlangsung pada 29 Jun.

Sebelum ini aksi Sri Pahang men3ntang TFC terpaksa ditunda selepas seramai 20 pemain dan pegawai Sri Pahang dijangk!ti C0vid-19 dan ia turut menjejaskan perlawanan membabitkan Sri Pahang dengan Selangor.

sumber:- HM

Perlawanan membabitkan TFC dan NSFC juga ditunda berikutan 15 pemain dan pegawai NSFC disahkan p0sitif C0vid-19.