sukan

Terpaksa Tunda Lagi

Dua perlawanan pasukan Liga Perdana, Kuching City FC terpaksa ditunda ke tarikh baharu susulan penularan C0VID-19 membabitkan 18 pemain dan pegawai skuad dari Sarawak itu.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dua aksi Kuching City yang ditunda itu adalah membabitkan perlawanan pembukaan men3ntang Terengganu FC II di Stadium Negeri, Kuching esok serta Selangor FC 2 di Stadium UiTM, Shah Alam pada 27 Mac ini.

“MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai Kuching City FC yang disahkan p0sitif C0 VID-19 dan semoga mereka akan kembali s3mbuh,” menurut kenyataan itu.

sumber:- BH

Sebelum ini beberapa perlawanan Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA terpaksa dibatalkan sejak awal bulan ini apabila pemain dan pegawai pasukan dij4ngkiti wab4k berkenaan.