Kuantan: Penjaga gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin dan rakan sepasukan tidak memandang rendah Manjung City FC apabila kedua-dua pasukan bertemu pada pusingan pertama Piala FA, Rabu ini.
Pemain berusia 27 tahun itu berkata, pada masa sama, Sri Pahang belum lagi memulakan aksi pertamanya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.Pada masa sama, bertemu kelab dari Liga M3 itu adalah perlawanan pertama buat Sri Pahang selepas tiga perlawanan termasuk dua aksi Liga Super ditvnda akib4t j4ngkitan C0vid-19.Oleh itu, saya dan rakan tidak boleh mem4ndang rendah keup4yaan Manjung City dan kami perlu kekal fokus sepanjang perlawanan.
“Apabila melihat pasukan dari Liga Super mencatat kemenangan besar ke atas lawan yang beraksi di Liga M3, Sri Pahang belum lagi beraksi berbanding pasukan lain.Apa yang perlu dilakukan ialah untuk kekal fokus sepanjang perlawanan dan memastikan kemenangan buat pasukan,” katanya.
Justeru, Zarif Irfan dan rakan sepasukan akan memastikan skuad Tok Gajah mencatat kemenangan pada perlawanan itu untuk layak ke pusingan kedua piala berprestij itu.
Berdasarkan jadual asal perlawanan, Sri Pahang sepatutnya berdepan Manjung City pada 12 Mac lalu tetapi ditunda pada Rabu ini, selepas sebahagian pemain dan pegawai pasukan dij4ngkiti C0 vid-19.
Akib4t j4ngkitan wab4k itu juga, skuad kendalian Christophe Gamel terlepas dua perlawanan Liga Super berdepan Terengganu FC (TFC) dan Selangor FC, masing-masing pada 5 dan 8 Mac lalu.