sukan

Antara Pilihan Kim Pan Gon Yang Membuka Hati Beliau

Dalam senarai itu, Pan-gon turut membuat kejutan apabila kembali menyenaraikan bekas ketua pasukan negara, Safiq Rahim yang kali terakhir menyarung jersi Harimau Malaya pada 2018 lalu.

Selain itu, seramai 14 pemain JDT termasuk Safiq dipanggil bagi memperkuatkan cabaran skuad kebangsaan menjelang dua aksi persahabatan kelas 1 menentang Filipina pada 23 Mac ini serta Singapura tiga hari kemudian yang dijadual berlangsung di Singapura.

Jelas Pan-gon lagi, 30 pemain yang disenaraikan ini adalah hasil penelitian dalam dua aksi Liga Malaysia sejak dua minggu lalu selain beliau turut meneliti beberapa perlawanan 2019 menerusi rakaman video membabitkan skuad Harimau Malaya.

“Berdasarkan pemerhatian dan analisis, ada antara pemain ini masih perlu diteliti dari segi taktikal, kebolehan dan sikap profesional mereka ketika di dalam padang mahupun di luar padang.

“Jadi kita akan sentiasa memantau perkembangan pemain ini dan mungkin akan menambah baik pasukan dengan memanggil pemain-pemain lain sebelum kelayakan Piala Asia bermula pada Jun nanti,” kata bekas jurulatih Hong Kong itu.

Senarai Pemain Kebangsaan

• Mohd Farizal Marlias – JDT

• Muhammad Syahmi Safari – JDT

• Aidil Zafuan Abd Radzak – JDT

• Shahrul Mohd Saad – JDT

• Corbin Ong – JDT

• Mohamed Syamer Kutty Abba – JDT

• Nathaniel Shio Wan – JDT

• Nazmi Faiz Mansor – JDT

• Safiq Rahim – JDT

• Arif Aiman Hanapi – JDT

• Safawi Rasid – JDT

• Akhyar Rashid – JDT

• Mohamadou Sumareh – JDT

• Ramadhan Saifullah – JDT

• Khairulazhan Khalid – Selangor FC

• Quentin Cheng – Selangor FC

• Sharul Nazeem Zulpakar – Selangor FC

• Rahadiazli Rahalim -Terengganu FC

• Hakimi Abdullah – Terengganu FC

• Faisal Abdul Halim – Terengganu FC

• Kalamullah Al-Hafiz – PJ City

• R Kogileswaran – PJ City

• Darren Lok – PJ City

• Syafiq Ahmad – KDA FC

• Dominic Tan – Sabah FC

• Khair Jefri Jones – N.Sembilan FC

• Nor Azam Abdul Azih – Sri Pahang FC

• Luqman Hakim Shamsudin – KV Kortrijk

• Dion Cools – SV Zulte Waregem

• Liridon Krasniqi – Odisha FC

Pemain Dalam Senarai Menunggu

• Kenny Palraj – KL City

• Akram Mahinan – KL City

• Hadin Azman – KL City

• Zhafri Yahya – KL City

• Syihan Hazmi – N. Sembilan FC

• Khuzaimi Pee – N. Sembilan FC

• Rizal Ghazali – Sabah FC

• Ruventhiran – Petaling Jaya City

• Hazwan Bakri – JDT

• Norshahrul Idlan Talaha – Melaka Utd