sukan Syok Woo Baca

Ramuan KIM PAN GON Lain Macam

KUALA LUMPUR: Selain latihan berintensiti tinggi, peraturan lebih ketat turut dilaksanakan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon dalam usaha membentuk skuad Harimau Malaya yang lebih berdisiplin.

Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim menjelaskan pemain sudah dimaklumkan mengenai senarai d3nda yang boleh dikenakan ke atas mereka sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan.

Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey berkata, antara peraturan yang ditetapkan adalah pemain tidak boleh bermain telefon pada hari perlawanan.Sebenarnya dalam senarai itu memang banyak, contoh kita salah pakai kasut waktu pergi latihan pun ada denda mungkin dalam RM100 atau RM50. Kalau hari perlawanan kita tak boleh main telefon, itu antaranya, saya tak boleh kongsi banyak.Bagi saya mungkin ada (pemain) yang kali pertama (berdepan peraturan sebegitu), di Malaysia pun pernah ada sebelum ini yang mana salah pakai kasut atau lambat (datang latihan) kena d3nda.

Tapi, sekarang lebih terperinci bila ada senarai, tak boleh main telefon atau semua. Macam di kem latihan ini mungkin kita boleh main telefon lagi, tapi di Singapura nanti mungkin ia akan berjalan sebagai permulaan.Tapi kita sebagai pemain kena terima, kita dalam kem pasukan kebangsaan, bukan peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita ketika sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Selain itu, Faisal menjelaskan Pan Gon memaklumkan bahawa beliau boleh melatih pemain Harimau Malaya dengan lebih tegas mengikut cara Korea Selatan.Namun, bekas pengendali skuad kebangsaan Hong Kong itu enggan berbuat demikian kerana menganggap semua pemain adalah profesional dan boleh memikirkan sendiri perkara yang terbaik.

sumber:bh

Sekarang lebih bagus, bukan kita cakap yang sebelum ini tak bagus ke apa. Cuma sekarang lebih teratur, lebih berdisiplin, kalau tak buat kena d3nda.