sukan

Perjanjian Safawi buat Harimau Malaya

Latihan berintensiti tinggi yang diterapkan pengendali baharu, Kim Pan Gon bakal menyvntik ‘roh’ baharu buat skuad kebangsaan sekali gus mampu tampil dengan aksi yang lebih ‘segar’ berdepan Filipina, malam esok.

Situasi itu diakui peny3rang kebangsaan, Safawi Rasid yang memberi bayangan skuad kebangsaan akan menyajikan persembahan yang cukup berlainan untuk membuatkan penyokong kembali tersenyum.

Jelasnya, situasi harmoni juga turut dirasakan dalam pasukan di mana pemain sentiasa selesa antara satu sama lain dan membantu untuk memberikan persembahan yang lebih mantap.

Saya rasa latihan berintensiti tinggi baik untuk pasukan dan sudah pastinya perlawanan esok akan buatkan penyokong Malaysia gembira.Panggilan skuad kebangsaan kali ini sudah tentu mahu berikan yang terbaik dan tunjukkan kepada penyokong bola sepak peningkatan dan perubahan dalam skuad Harimau Malaya.

“Apa yang boleh saya katakan, setiap jurulatih akan melihat keupayaan dan kehebatan pemain pada sesi latihan.Oleh itu , latihan berintensiti tinggi untuk kami sememang bagus untuk meningkatkan lagi keupayaan masing-masing,” katanya, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Singapura hari ini.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan akan mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Filipina, malam esok disusuli Singapura pada Sabtu sebelum dijadual berdepan kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC pada Isnin.

sumber: bh

Dalam perkembangan sama, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjelaskan walaupun kehadiran barisan kejurulatihan baharu dalam skuad Harimau Malaya membawa ‘aura’ berlainan kepada pasukan namun tiada tekanan kepadanya untuk membarisi kesebelasan utama.

“Saya hanya mahu berikan yang terbaik untuk perlawanan esok dan harap mampu mencipta keputusan positif.