sukan Syok Woo Baca

Selangor FC nafi terima bantuan TMJ

KUALA LUMPUR: Bantuan yang dihulurkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Selangor bukan semasa kepimpinan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ia susulan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menerusi laman sosial miliknya yang menjelaskan Red Giants tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dari pasukan lain di bawah kepimpinan RMS sejak Julai 2018.

Sebaliknya, beliau menjelaskan dana pasukan itu hanya diperoleh daripada penaja rasmi dan aktiviti komersial.

Memandangkan ramai yang bertanya, saya ingin jelaskan bahawa di bawah kepimpinan Tunku RMS sejak Julai 2018, Selangor tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dari pasukan lain.

Dana kelab hanyalah daripada penaja rasmi dan aktiviti pengk0mersialan sahaja,” tulisnya di laman sosial miliknya.

Kelmarin, Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendedahkan bahawa beliau pernah membantu lima pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang berdepan isv gaji.

sumber:bh

Beliau menjelaskan lima pasukan itu termasuk pernah membantu Selangor dua kali, Kelantan dua kali, sementara Perak, Penang dan Melaka sekali.