sukan Syok Woo Baca

Disebalik Laungan Penjaga gol TFC

Beraksi pada bulan Ramadan bukan alasan buat penjaga gol Terengganu FC (TFC), Suhaimi Husin untuk tidak memperagakan aksi terbaik apabila pasukannya bakal berdepan dengan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada Rabu ini.

Bekas penjaga gol skuad ‘adik’, Terengganu FC II (TFC II) itu tekad untuk mengawal kubunya daripada dibolosi walaupun satu jaringan berdepan barisan pemain skuad The Phoenix itu pada aksi pertama kancah Liga Super musim ini.

Penjaga kelahiran Besut itu menegaskan dia juga mahu menjadikan aksi pertama musim ini sebagai detik terindah dan permulaan yang baik selepas lebih empat bulan bersedia tanpa sebarang aksi kompetitif.Beraksi pada bulan puasa sudah pasti tahap kecergasan sedikit berbeza berbanding bulan lain, namun saya tidak mahu menjadikannya sebagai alasan jika disenaraikan dalam kesebelasan utama.

“Saya juga tidak rela pintu gol dibolosi walaupun bakal beraksi buat kali pertama musim ini kerana kami mahukan permulaan yang cemerlang selepas lebih empat bulan melakukan persediaan rapi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, penjaga gol berusia 28 tahun itu bagaimanapun sedar bukan tugas mudah buatnya untuk menghalang pintu golnya daripada ditembusi rangkaian striker lawan diketuai bekas penyerang TFC, Darren Lok selain S Kumaahran dan Mahali Jasuli.

Walaupun skuad kendalian P Maniam tanpa tonggak import, barisan pemain mereka cukup bahaya di depan gawang jika dibiarkan bermaharajalela, lagipun skuad itu sudah beraksi beberapa perlawanan berbanding kami belum lagi turun beraksi.Jadi saya mengharapkan rakan sepasukan dapat mematahkan gerakan skuad itu bermula dari kawasan tengah lagi selain turut meletakkan harapan yang tinggi agar barisan pertahanan mampu menghalang pemain lawan melakukan percubaan bagi memastikan impian untuk memburu tiga mata pertama tercapai,” katanya.

sumber”- HM

Terdahulu skuad kendalian Nafuzi Zain itu terpaksa melupakan tiga pertemuan awal menentang Sri Pahang FC, Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super dan pusingan pertama Piala FA selepas sebahagian pemain dan pegawai skuad lawan didapati positif C0 vid-19.