sukan

PENANTIAN PASUKAN TERNAMA BUAT HARIMAU MALAYA

KUALA LUMPUR: Juara 16 kali, Thailand bakal menjadi lawan paling suk4r buat skuad bawah 23 tahun (B-23) negara selepas kedua-dua pasukan diundi dalam Kumpulan B pada temasya Sukan SEA Vietnam, bulan depan.

Selain Thailand dan Malaysia yang juga pemenang pingat emas enam kali bagi acara bola sepak lelaki, Kumpulan B turut menampilkan Kemboja, Singapura dan Laos. Juara bertahan, Vietnam pula berada dalam Kumpulan A bersama pemenang pingat perak edisi 2019, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste.

Anak buah Brad Maloney akan berdepan Thailand terlebih dahulu pada 7 Mei disusuli Laos pada 11 Mei.Seterusnya mereka akan menentang Singapura pada 14 Mei dan menutup kempen peringkat kumpulan berdepan Kemboja pada 16 Mei.

Pada edisi 2019 di Manila, barisan pemain negara pulang awal apabila terkandas di peringkat kumpulan.Sebagai rekod, kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki adalah pada 2011 di Jakarta apabila mereka menewaskan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penentuan penalti.

Malaysia juga hampir merangkul pingat emas pada edisi 2017 di laman sendiri namun dikecewakan Thailand 1-0 di pentas akhir.Undian Bola Sepak Sukan SEA Kumpulan A: Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina, Timor-Leste

SUMBER: BH

Kumpulan B: Thailand, MALAYSIA, Kemboja, Singapura, Laos.