sukan

Berlaku juga pada pasukan Melaka United (MU)

Bekas pemain dan jurulatih Melaka, Ramli Junit mengakui terkejut dengan mas4lah gaji yang menimpa pasukan Melaka United (MU) ketika pengurusan era profesional bola sepak Malaysia.

Katanya, masalah yang dialami sama dengan apa yang kerap terjadi dalam skuad berkenaan ketika era amatur dan profesional sebelum ini, justeru ia perlu dielakkan daripada terus terjadi.

Menurutnya, dia simpati dengan nasib yang melanda pemain dan barisan pegawai pasukan justeru mengharapkan penyelesaian segera bagi membolehkan mereka dapat memfokuskan permainan dan tugsan mereka.

Katanya, dia pernah mengalami peristiwa tidak mendapat gaji ketika menjadi jurulatih pasukan Piala Presiden Melaka dan pastinya pedih untuk diharungi.

Malah pernah menggunakan wang sendiri untuk duit bas ketika pasukan bertandang ke lokasi perlawanan di luar Melaka selain pernah 16 bulan tidak dibayar gaji antara pahit maung dalam sukan berkenaan.

“Namun pada era maju bola sepak negara ketika ini pastinya semua pihak tidak mahu isu tunggakan gaji terus berlaku. Ia berikutan pemain mempunyai komitmen terhadap bayaran kenderaan mahupun menampung keluarga,” katanya yang juga bekas penyerang Olimpik Malaysia 1980.

Sehubungan itu, dia mengharapkan masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan segera kerana ia penting untuk survival barisan pasukan berkenaan yang beraksi di Liga Super.

Malah dia juga menyokong pandangan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaman Md Ali yang juga untuk pengurusan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) segera menyelesaikan isu gaji pemain tertunggak sehingga tiga bulan.

sumber:- HM

Sulaiman hari ini menjelaskan isu gaji tertunggak itu kini di bawah tanggungjawab kelab sepenuhnya selepas ia diswastakan dan bukan lagi menjadi tanggungjawab negeri atau Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).