sukan Syok Woo Baca

Harapan Menjadi Kenyataan – Aidil Sharin Sahak

Kemenangan 1-0 Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ke atas Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman semalam jelas memberi keleg4an ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak.

Bagi pengendali Sang Kenari itu, walaupun hanya satu gol terhasil, pujian tetap diberi kepada anak buahnya yang menunjukkan k0mitmen tinggi dalam usaha mencari kemenangan ketiga berturut-turut pada musim ini.

Ia adalah perlawanan yang tidak mudah buat kami dalam memulakan kembali aksi terutama memasuki bulan puasa ini yang mana pemain sedang menyesuaikan diri, namun kami berjaya memanfaatkan peluang.Sri Pahang hadir dengan beberapa pemain yang berfizikal lebih tinggi dan bagi mengatasi masalah perbezaan itu, kami cuba mengelak melakukan kesilapan di kawasan sendiri. Paling penting adalah kami menguasai permainan dengan lebih berdisiplin.

“Saya menghargai usaha ditunjukkan pemain melalui kerja keras yang ditampilkan sepanjang perlawanan. Meskipun mencapai kemenangan, saya juga berharap kami dapat terus memperbaiki setiap kelem4han yang ada agar lebih bersedia untuk mengharungi banyak lagi perlawanan selepas ini,” katanya.

Tambah Aidil lagi, beliau mengakui skuadnya tidak hadir dengan corak permainan terbaik pada perlawanan itu, namun usaha serta semangat yang ditunjukkan oleh kesemua pemainnya meningkatkan lagi tahap keyakinan mereka.

“Dalam bola sepak kadangkala sebuah pasukan itu mungkin tidak dapat beraksi pada tahap terbaik, tetapi dengan strategi dan kawalan yang bagus, pasukan itu mampu mencapai kemenangan melalui kemampuan serta kesungguhan yang diusahakan pasukan.Kami layak untuk meraih kemenangan pada perlawanan ini berdasarkan lebih banyak percubaan dan gerakan.

SUMBER:HMETRO

“Selepas ini, kami harus segera fokus kembali untuk menghadapi aksi menentang Selangor FC, Ahad ini,” katanya.