sukan Syok Woo Baca

Harapan Tersirat buat Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu FC

Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu FC meletakkan harapan yang tinggi agar pasukan kesayangan mereka, Terengganu FC (TFC) mampu bangkit pada aksi kedua Liga Super men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Ahad ini.

Presidennya, Mohd Isa Che Ariffin berkata, walaupun tumpas 0-3 kepada Petaling Jaya City FC (PJ City FC) malam tadi pada aksi pertama, ia bukan aksi sebenar skuad kendalian Nafuzi Zain itu.

Kami penyokong mengharapkan pihak pengurusan serta barisan kejurulatihan melakukan sesuatu pada aksi kedua men3ntang JDT 10 April ini.

“Kami sayang pasukan TFC, kami harapkan pemain dapat bangkit memburu kemenangan pertama dengan kami tetap berdiri teguh di belakang pemain,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas pertemuan pertama men3ntang skuad The Phoenix itu, Mohd Isa akui terdapat perbezaan ketara antara pasukan yang kali pertama beraksi dengan skuad lawan yang sudah beberapa kali bermain.

Pada pandangan saya taktikal jurulatih kurang menjadi malam tadi selain pemain mudah hilang bola, tidak fokus dan kurang keserasian.

“Begitu juga dengan barisan pertahanan yang kerap melakukan kesilapan dengan tidak menutup ruang sehingga pemain lawan bergerak bebas selain jentera serangan tidak dapat memanfaatkan peluang serta kehilangan bola,” katanya.

Bagi Pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu Darul Iman (TFFC), Mazuki Muhamad, rehat terlalu lama tanpa sebarang aksi kompetitif mungkin antara faktor skuad Penyu itu layu walaupun dibarisi pemain berkualiti.

sumber:- HM

“Penyokong mana yang tidak kecewa dengan kekalahan besar juga itu lebih-lebih lagi pada aksi pertama selepas tiga kali perlawanan ditangguhkan sebelum ini kerana pemain lawan positif wabak pand3mik C0 vid-19,” katanya.