KUALA LUMPUR: ‘Rehat’ yang lebih panjang berbanding pasukan lain bukanlah satu kenikmatan apabila faktor itu dilihat menjadi antara penyebab Terengganu FC (TFC) ‘diajar’ PJ City FC 3-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Tanpa sebarang aksi komp3titif selama hampir tiga bulan, skuad Penyu ‘lem4s’ pada penampilan pertama mereka bagi musim ini sekalipun berdepan PJ City FC yang hanya membariskan pemain tempatan.
Justeru, pengendalinya, Nafuzi Zain mengakui aksi sulung pasukan itu pada musim ini akan menjadi pengajaran berguna buat anak buahnya namun dia tetap menyifatkan anak buahnya memperagakan aksi yang terbaik.
“Perlawanan pertama yang sukar selepas kita tiada perlawanan selepas tiga bulan sedangkan pasukan lain sudah bermain dua atau tiga perlawanan. Dengan jangkaan yang tinggi untuk perlawanan pertama, ini satu kekalahan yang besar.
“Ini kali pertama kita dapat menilai daripada perlawanan sebenar, jadi kita nampak apa yang perlu diperbaiki daripada sudut mana dan bagaimana cara pemain untuk bermain dengan betul.
“Kita lihat pun ada beberapa perkara yang sepatutnya tidak berlaku di benteng pertahanan dengan kesilapan yang mudah. Pertahanan kita tidak begitu mantap lagi,” katanya.
Pada aksi terbabit, hatrik peny3rang kebangsaan, Darren Lok pada babak pertama membuatkan TFC tergamam dan kebangkitan yang cuba dijelm4kan pada babak kedua tidak kesampaian.
sumber: bh
“Pemain sudah memberikan yang terbaik tetapi PJ City FC pun bermain dengan baik. Selepas ketinggalan satu gol, kita agak tertek4n untuk bangkit.PJ City FC lebih baik dalam beberapa perkara berbanding kita untuk perlawanan malam ini,” katanya.
Jadual Liga Super
SABTU
Penang FC mln NSFC
Std Bandaraya, 10 mlm
Sri Pahang mln PJ City
Std Darul Makmur, 10 mlm
KL City mln Melaka
Std Bolasepak KL, 10 mlm
AHAD
Sarawak Utd mln Sabah
Std Negeri, 9.15 mlm
JDT mln TFC
Std Sultan Ibrahim, 9 mlm
Selangor FC mln Kedah
Std MBPJ, 10 mlm