sukan Syok Woo Baca

Rodney Celvin muncul wira skuad Kenari

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menew4skan Sri Pahang FC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Pemain pertahanan, Rodney Celvin muncul wira skuad Kenari apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan sekali gus memastikan Kedah mengutip mata penuh di laman sendiri.

Kedah memberi amaran awal apabila meng4ncam gawang pelawat pada minit ketujuh dan kesembilan melalui percubaan kapten pasukan, Syazwan Zainon yang bertindak pantas dalam kotak penalti namun percubaannya g4gal menewaskan penjaga gol tinggi lampai Mamadou Samassa.Ini disusuli beberapa gerakan yang dilancarkan kedua-dua pasukan untuk membVru gol pembukaan namun g4gal membuahkan hasil.

Bagaimanapun, kemasukan peny3rang, Syafiq Ahmad pada babak kedua berjaya menukar rentak Kedah apabila Fayadh Zulkifli hampir memb0losi gawang Sri Pahang pada minit ke-48 melalui larian solo sebelum percubaannya ters4sar ke kiri gawang lawan.

 

Reaksi Rodney selepas meledak gol ketika menentang Sri Pahang. - Foto FB Kedah Darul Aman FC

 

Usaha Kedah mencari gol akhirnya berjaya pada minit ke-54 apabila bola tandukan Syafiq gagal ditangkap kemas Mamadou Samassa dan kes3mpatan itu diambil Rodney Celvin yang bertindak pantas meletakkan bola ke gawang lawan.

Sri Pahang cuba bangkit dengan melancarkan serangan melalui pemain import dari Jordan Mahmoud Saleem yang melakukan percubaan pada minit ke-68 namun tersasar ke bahagian kiri gawang Kedah.

SUMBER: BH

Kedah hampir menambah gol kedua melalui Syafiq pada minit ke-84 dan 88 namun peluang itu gagal disempurnakan peny3rang berkenaan.