sukan

Tidak mustahil Sejarah JDT berulang lagi – Pertahanan kanan Terengganu FC

Pertahanan kanan Terengganu FC (TFC), Muhammad Hafizal Mohamad enggan memikirkan status dan reputasi pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kedua-dua pasukan bakal bertm3bung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Ahad ini.

Bekas pemain Harimau Muda berusia 29 tahun itu tekad untuk membantu pasukan sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata walaupun sedar atas kertas sukar buat skuadnya untuk menundukkan Harimau Selatan itu yang juga juara bertahan.

Namun katanya, tidak mustahil sejarah musim lalu menumpaskan skuad itu 1-0 pada pentas Liga Super di stadium yang sama hasil jaringan Hakimi Abdullah kembali berulang lebih-lebih lagi skuadnya bagaikan ‘harimau luka’ selepas tumpas 0-3 kepada Petaling Jaya City FC (PJ City FC), Rabu lalu.

Kami yakin aksi bertemu dengan JDT nanti dapat memberikan persembahan yang terbaik dengan sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata ke bumi Terengganu.

Walaupun perlawanan itu dilihat sukar buat kami lebih-lebih lagi beraksi di stadium keramat mereka di tambah skuad itu konsisten, tapi kami akan cuba untuk mengulangi sejarah musim lalu dengan corak permainan sebenar.

“Tambahan pula saya dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk bertarung dalam aksi kedua itu dengan masing-masing bertekad mahu memperbaiki kelemahan yang ada bagi meningkat lagi mutu permainan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas pertemuan dengan PJ City FC tempoh hari, pemain kelahiran kampung Ladang, Kuala Terengganu yang beraksi dalam perlawanan itu akui tidak begitu berpuas hati dengan corak permainannya dalam aksi pertama itu.

sumber:- HM

Tambah Hafizal, dia dan rakan sepasukan sudah berusaha untuk memperagakan aksi terbaik, namun rezeki dan nasib tidak menyebelahi pasukannya.