sukan

Aura KDA FC Hilang, Selangor FC Menjadi

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) menghantar amaran betapa mereka juga mampu menjadi penc4bar sebenar musim ini apabila menundukkan Kedah Darul Aman (KDA) FC 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Selepas sekadar seri dalam dua aksi terdahulu, anak buah Michael Feichtenbeiner akhirnya bangkit dengan menjadikan skuad ‘Kenari’ yang bakal beraksi di Piala AFC sebagai ‘m4ngsa’ sekali gus meraih kemenangan pertama yang amat dinantikan oleh pasukan itu.Kedah yang cemerlang dalam tiga aksi terdahulu seakan hilang punca apabila mudah ‘diperbudakkan’ Selangor dan terpaksa akur dengan kekal4han sulung mereka pada musim ini.

 

 

Pada aksi terbabit, peluang pertama perlawanan j4tuh kepada Kedah seawal minit ke-11 namun percubaan lem4h Amer Azahar yang berada dalam kedudukan yang baik mudah ke dakapan Khairul Azhan Khalid.

Selepas peluang itu, Kedah terus ‘senyap’ dan SFC memanfaatkan peluang itu dengan menjana lebih banyak gerakan yang beberapa kali meletakkan pelawat dalam keadaan cem4s.

Bermula dengan lorongan Hein Htet Aung pada minit ke-18 namun tiada yang menyambutnya dalam kotak penalti sebelum percubaan satu lawan satu daripada Caion pada minit ke-21 sedikit melencong ke sebelah kanan pintu gol Kedah.

Sehinggalah pada minit ke-25, usaha ker4s Selangor memburu gol pembukaan terbalas menerusi rembatan deras Mukhairi Ajmal berjaya menerjah gawang yang dikawal Ilham Amirullah Razali.

Gol itu membuatkan Selangor lebih ‘bernafsu’ dan gol kedua hadir lapan minit berselang menerusi Caion yang menghimpun gol keempat peribadinya pada musim ini – gol pertama daripada permainan terbuka selepas tiga gol daripada sepakan penalti.

Selangor mensia-siakan peluang untuk menuju ke masa rehat dengan kedudukan 3-0 apabila percubaan Htet Aung yang sudah pun menew4skan Ilham Amirullah melambung tinggi.

Berkelebihan dua gol memasuki babak kedua, Selangor lebih bertenang dan hanya menunggu Kedah untuk masuk bagi membvru gol namun beberapa peluang dicipta Kedah tidak cukup untuk menggegar gawang tuan rumah.

SUMBER: BH

Sebaliknya, ‘Gerg4si Merah’ menambah garam ke luka pelawat dengan dua lagi gol menerusi Norhakim Hassan (m83) dan Caion (m86) sebelum Selangor menghadiahkan gol sagu hati kepada Kedah menerusi Fayadh Zulkifli di penghujung permainan.