sukan

Umpama Aksi Final Liga M

Keadaan permukaan padang yang berkualiti tinggi di Stadium Sultan Ibrahim, Johor telah memberi kekuatan dan kelebihan pada Johor Darul Ta’zim apabila setiap perancangan yang diatur Benjamin Mora menjadi, terutama dalam membersembahkan indentiti bola sepak Johor Darul Ta’zim.

Permainan pantas dan tekanan awal untuk memenangi bola lebih awal serta bermain secara hantaran-hantaran pendek dan juga trasisi pantas telah memberi tekanan awal pada Terengganu.

Melalui gerakan itu semua ia telah mengelirukan pertahanan Terengganu dan akhirnya Johor DT telah menghasilkan gol awal apabila kombinasi di antara Safiq Rahim, Corbin Ong dan Bergson da Silva telah memerangkap pertahanan Terengganu. Namun dengan keadaan padang yang berkualiti tinggi itu juga telah berjaya memberi keyakinan pada anak didik Nafuzi Zain apabila berjaya memberi saingan pada Harimau Selatan kerana Terengganu juga bermain mengunakan falsafah bola sepak yang hampir sama dengan JDT.

Itu yang boleh diperhatikan apabila trasisi pantas yang dilakukan Sang Penyu semasa melakukan jaringan penyamaan melalui Kpah Sherman. Lihat bagaimana Manny Ott yang meloloskan diri dari tengah padang dengan pantas berlari bersama bola sebelum melakukan rembatan dari luar kawasan penalti yang terkena palang sebelum di sambar Sherman. Itu juga pergerakan kesegeraan “high intensity” yang diamalkan Sang Penyu sebagaimana Johor DT amalkan. Dengan gerakkan-gerakkan pantas itu telah menampakkan kualiti kedua-dua pasukan itu.

sumber:- SA

Selain itu, aksi begitu menarik dengan ketenangan yang dipamerkan Arif Aiman (JDT) dan Faisal Halim (Terengganu) yang mana mereka ini banyak membantu dan memainkan peranan dalam melancarkan gerakkan dengan pantas serta kreativiti mereka. Lihat bagaimana Arif dengan begitu licik dan tenangnya beliau memperdaya pertahanan lawan sebelum melakukan hantaran linta tepat kepada Bergson untuk jaringan kedua dan kemenangan JDT. Inilah hasilnya jika pemain-pemain mempunyai teknikal individu yang baik serta bijak membuat keputusan serta jurulatih yang bijak mencorakkan satu indentiti permainan yang berkualiti tinggi dan menghiburkan.