sukan

Abdul Malik Mat Ariff harap impian ini tercapai buat Sri Pahang FC

Striker berpengalaman Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff mahu melupakan dua perlawanan yang tidak berpihak kepada skuad itu.

Justeru, pemain kelahiran Kuantan, Pahang terbabit kekal fokus untuk melayan kunjungan Melaka United di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Fokus saya ketika ini ialah membantu pasukan mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super. Selepas mengharungi dua perlawanan tanpa kemenangan, saya bersama rakan sepasukan akan memberikan persembahan terbaik sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

“Dengan hanya satu mata daripada dua perlawanan, kami tidak boleh terlepas tiga mata apabila berdepan Melaka United. Kelebihan beraksi di halaman sendiri perlu dimanfaatkan sepenuhnya selepas kami gagal melakukannya selepas seri 1-1 dengan PJ City FC pada 9 April lalu,” katanya.

Mengulas kec3deraan pada tulang rusuk kanan ketika men3ntang kelab amatur, Manjung City FC dalam saingan Piala FA lalu, Abdul Malik mengakui kesak!tan masih lagi dirasai.

Namun, katanya, beliau bersyukur kerana masih boleh bermain ketika men3ntang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan PJ City.

Masih ada rasa sak!t di bahagian dada terutama ketika berlari tetap kesak!tan ini semakin berkurangan. Saya harap berdepan Melaka United Sabtu ini, saya dapat memberikan persembahan terbaik terutama mampu mer0bek gawang lawan.

sumber:- HM

“Saya terlepas beberapa peluang menjaringkan gol berdepan PJ City dan diharap sentuhan jaringan dapat dilakukan pada perlawanan ketiga Liga Super,” katanya.