Pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar menganggap barisan pertahanan pasukan itu akan tampil lebih baik dan percaya dapat meraih kemenangan tanpa bol0s dalam perlawanan akan datang.
Gawang Selangor dibolosi enam kali dalam tiga perlawanan awal musim ini selepas terikat 3-3 dan 2-2 dengan KL City dan Negeri Sembilan FC sebelum menang bergaya 4-1 ke atas Kedah Darul Aman FC, Ahad lalu.
Kejayaan menundukkan Kedah menjadi detik manis buat Selangor kerana ia adalah kemenangan sulung yang diraih mereka dalam Liga Super musim ini dan meletakkan The Red Giants di kedudukan kelima dengan lima mata.
Bagi Sharul Nazeem, kemenangan ke atas Kedah dianggap sebagai pemb@kar semangat untuk pasukannya meraih kejayaan lebih baik dalam perlawanan seterusnya termasuk mencipta kemenangan tanpa bolos.
Bagi saya, minggu lalu (berdepan Negeri Sembilan) kami bermain 10 pemain (kerana layangan kad merah), mungkin dari segi kecergasan dan fokus kita lemah selain kita ambil mudah dengan pihak lawan.
Mungkin dekat situ kita kena 2-2 dan berdepan Kedah kita tak nak benda itu berulang lagi. Tapi bukan rezeki lagi untuk kita tidak dibolosi.
“Mungkin ini satu (pembakar) semangat untuk kita bermain dalam perlawanan seterusnya. Tapi setiap perlawanan kita pun tak boleh nak ambil mudah dengan pasukan lawan dan kita akan buat bersungguh-sungguh macam perlawanan dengan Kedah,” katanya.
Sharul Nazeem berkata demikian dalam Buletin Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disiarkan di Facebook badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu.
sumber:- BH
Isu gawang dibolosi didakwa menjadi perkara yang dibangkitkan sebahagian penyokong termasuk ketika insid3n salah seorang penyokong Selangor melemparkan kata-kata kesat terhadap pemain Red Giants, Safuwan Baharudin selepas aksi berdepan Kedah.