sukan Syok Woo Baca

Hanya JDT saja Yang Mampu

Biarpun mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M) menjadi tumpuan krItikan sejak akhir-akhir ini, namun saingan bola sepak dom3stik masih tidak mampu menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR), kata pemerhati bola sepak tanah air, Dr Pekan Ramli.

Katanya, kos yang tinggi bagi penyediaan peralatan VAR dan pegawai tambahan memerlukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan bajet sangat besar.

Jika ada kelab yang sanggup berbelanja untuk bersama memperbaiki sistem pengadilan hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kemampuan berbanding 11 pasukan lain dalam Liga Super.

Kos pemasangan VAR di sebuah stadium dianggarkan RM617,000, itu bermakna FAM memerlukan bajet RM6.9 juta jika mahu memasangnya di 11 buah stadium yang digunakan pasukan Liga Super (Selangor dan Petaling Jaya City berlangsung stadium yang sama).

STADIUM Sultan Ibrahim mempunyai kemudahan moden yang sesuai untuk diletakkan teknologi VAR.Selain itu, pengadil tempatan pula perlu dihantar menjalani kursus tambahan untuk mempelajari cara mengendalikan VAR agar tidak timbul sebarang masalah.

“Saya sangat setuju kalau JDT rasakan ada keperluan untuk VAR disediakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), ini bagus kerana mereka kini mempunyai level (tahap) berbeza dari pasukan lain dan turut beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia.Kita kasihan kepada pasukan yang tak mampu sediakan VAR, kos terlalu tinggi.

“Saya akui VAR untuk kebaikan tetapi apa yang boleh saya katakan, liga kita belum sampai tahap memberi pulangan atau nilai komersial tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia.Sri Pahang menjadi pasukan paling malang apabila kelemahan mutu pengadilan menyebabkan mata mereka dirompak dalam dua perlawanan berturut-turut, dan perkara itu diakui sendiri FAM menerusi analisis Penilai Pengadil.

Dalam insiden pertama Rabu lalu, Tok Gajah pulang tanpa mata di Kedah selepas kegagalan pengadilan mengesahkan jaringan mereka menyebabkan pasukan itu kalah 1-0, dan dalam insiden kedua, pengadil membuat silap membenarkan gol penyamaan PJ City, R. Barathkumar yang ofsaid untuk seri 1-1.

Pekan berkata, penggunaan VAR hanya nilai tambah yang membantu pengadil tetapi yang penting adalah kualiti yang ada pada pengadil itu sendiri.

“Bukan semua (pengadil) tak bagus, seg3lintir sahaja dan dalam mana-mana liga bola sepak di dunia pun berlaku itu. Kalau sekali kesalahan mungkin kesil4pan namun kalau ia berulang ia adalah kelem4han.

sumber:utusan

“Dalam banyak k3s, saya nampak ada kelemahan pengadil, jadi lebih baik kita mantapkan pengadil kita dahulu, hebatkan mereka,” jelasnya.