sukan

Skuad Harimau Malaya Di laluan yang Tepat

HARAPAN skuad Harimau Malaya untuk lol0s ke pentas Piala Asia 2023 berada di landasan yang tepat selepas diberi tempoh tiga minggu untuk menjalani kem latihan pusat bermula 19 Mei depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malah, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengaturkan dua perlawanan ujian untuk memastikan barisan pemain dapat melakukan persediaan penuh dengan aksi menentang Myanmar pada 27 Mei dan Hong Kong pada 1 Jun depan.

Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon berkata, masa selama tiga minggu sesi latihan diharap dapat memastikan pemain lebih bersedia untuk mengharungi aksi kelayakan Kumpulan E nanti.

Skuad negara akan mula berkumpul bagi kem latihan pusat menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2023 pada 19 Mei, sejurus selepas berakhirnya saingan Liga Super pada 18 Mei.

Tempoh tiga minggu kem latihan pusat termasuk perlawanan peman4s badan diharap dapat memberi peluang dan ruang untuk meningkatkan lagi tahap permainan, keserasian serta k0mbinasi para pemain sebelum aksi kelayakan nanti.

Saya juga berharap kehadiran penyokong setia Harimau Malaya akan memberikan svntikan semangat untuk pasukan kita memandangkan semua perlawanan nanti akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mengulas lanjut, pengendali import dari Korea Selatan itu turut percaya, Myanmar dan Hong Kong adalah l4wan yang sesuai untuk menguji keupayaan pasukan sebelum mengharungi sai­ngan sebenar nanti.

“Dua pasukan ini dilihat sebagai lawan yang bersesuaian untuk skuad Harimau Malaya mempersiapkan diri selepas Myanmar berada di ranking ke-152 dunia manakala Hong Kong (147) akan berada di Kuala Lumpur sebelum mengharungi saingan kelayakan masing-masing,” katanya.

Skuad negara dijadualkan bertemu bertemu Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain pada 11 Jun dan Bangladesh pada 14 Jun untuk saingan Kumpulan E nanti.

sumber:kosm0

Juara dan lima naib juara terbaik peringkat kumpulan akan layak secara aut0matik pada kejohanan bola sepak berprestij yang akan dilangsungkan di China tahun depan.