Pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel tidak memandang mudah cabaran Melaka United FC apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.
Jurulatih berusia 50 tahun itu dalam masa sama berkata pemecatan ketua jurulatih Melaka United, Risto Vidakovic pada pertengahan minggu, memerlukan anak buahnya supaya lebih berwaspada pada aksi berkenaan.
Sebenarnya, Melaka United sebuah pasukan yang bagus kerana memiliki kekuatan di bahagian s3rangan dan tengah. Dengan pelantikan jurulatih baharu, saya percaya ia akan mengubah perancangan dan pemain Melaka United akan memberikan t3ntangan sengit.
“Bagi saya Sri Pahang akan berdepan perlawanan sukar apabila melayan Melaka United malam esok,” kata jurulatih berasal dari Perancis itu.
Semalam, Melaka United FC (MUFC) mengumumkan penamatan kontrak Vidakovic, sekali gus dia menjadi jurulatih pertama Liga Super dipecat, musim ini. Penolong ketua jurulatih, Mohd Asri Ninggal diberi tugas bagi melatih pasukan sebelum pelantikan ketua jurulatih baharu.
Mengulas persediaan berdepan Melaka United dan misi kemenangan pertama dalam saingan Liga Super, Gamel mengesahkan dua pemain import skuad Tok Gajah berdepan masalah kec3deraan.
Katanya, kemungkinan dua pemain import itu tidak dapat beraksi yang akan memberikan kesan dalam corak permainan pasukan.
Namun, saya percaya jika dua pemain ini tidak dapat disenaraikan, pemain lain mampu memikul tanggungjawab diberikan. Apabila diberikan peluang bermain, mereka perlu membuktikannya untuk membantu Sri Pahang beroleh kemenangan.
sumber:- BH
“Selepas gagal mengutip tiga mata dalam dua perlawanan terdahulu, aksi ketiga Sri Pahang dalam saingan Liga Super diharap berpihak kepada pasukan,” katanya.