sukan

Pencabar baru buat pasukan JDT

Berada di kedudukan kedua Liga Super jelas menyaksikan Sabah FC muncul sebagai pencabar terbaharu kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali gus perlu diberikan perhatian oleh pasukan lain jika tidak mahu menjadi ‘m@ngsa’ skuad The Rhinos.

Melihat situasi berkenaan, pengendali pasukan Datuk Ong Kim Swee tidak mahu terlalu cepat mendabik dada apabila perlu lebih bersedia dan perbaiki setiap kelemahan untuk memastikan momentum kemenangan terus berpihak kepada Sabah FC.

Beliau berkata, walaupun Sabah FC bermula agak tempang apabila tewas kepada Negeri Sembilan namun mampu bangkit pada tiga lagi perlawanan untuk memperoleh sembilan mata setakat ini.

“Apa yang saya lihat, barisan pemain sudah mula menunjukkan keserasian dan berjaya menterjemahkan taktikal yang diterapkan kepada mereka. Saya mengharapkan mereka mampu terus mengekalkan momentum kemenangan bagi memastikan Sabah FC terus berada dalam kelompok atas liga,” katanya.

Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan K Devan mahu pemain manfaatkan peluang dengan memastikan setiap serangan berjaya menghasilkan gol untuk pasukan. Walaupun ketika ini agak memeningkan memandangkan beberapa pemain termasuk penyerang import mengalami kec3deraan namun percaya anak buahnya yang lain mampu menggalas tugas meraih kemenangan menentang Petaling Jaya (PJ) City FC esok.

“Saya masih lagi mencuba kombinasi beberapa pemain di bahagian tengah dan s3rangan sekali gus mengharapkan gandingan baharu itu mampu mel3dak gol untuk pasukan,” katanya.

sumber:- HM

Pada perlawanan esok menyaksikan Negeri Sembilan bakal menerima kunjungan PJ City di Stadium di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, manakala Sabah FC pula akan bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, men3ntang Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang FC akan bertembung Melaka United di Stadium Darul Makmur.