sukan

Dua t0nggak Terpilih dalam senarai Brad Maloney

Kuala Lumpur: Dua t0nggak yang beraksi di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak diberikan kepercayaan jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23), Brad Maloney mengemudi j3ntera serangan di temasya Sukan Sea Hanoi, Vietnam.

Berdasarkan senarai nama dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Maloney memanggil 19 pemain daripada 23 pemain yang membantu Malaysia layak ke Piala Asia B-23, tahun ini.

Maloney berkata, sas4ran pada temasya dwi tahunan dari 6 hingga 22 Mei 2022 depan itu mampu mencipta keputusan p0sitif dengan sekurang-kurangnya melepas peringkat kumpulan.Kita mahu cipta kejayaan pulang sesuatu untuk pasukan dan kalau boleh melepas peringkat kumpulan pada temasya terbabit.

“Dua perlawanan persahabatan menentang Timor Leste dan Filipina cukup penting untuk menambah baik pasukan dan memperbaiki kelem4han.Oleh itu, perubahan akan dilakukan berdasarkan kepada dua perlawanan persahabatan itu dan berharap dapat membariskan pemain terbaik kelak,” katanya.

Selain 19 pemain itu, turut mendapat perhatian jurulatih dari Australia itu adalah dua pemain yang beraksi pada Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari lalu iaitu Ubaidullah Shamsul Fazili (Skuad Projek FAM-MSN) dan A Selvan (Negeri Sembilan).Baki 10 lagi pemain yang turut dipanggil kali ini adalah tiga pemain Selangor FC iaitu Danial Asri, Syahir Bashah dan Aliff Haiqal.

Selain itu, dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Daryl Sham dan Ahmad Aysar Hadi, penjaga gol Terengganu FC Rahadiazli Rahalim serta pemain Terengganu FC II, Muslihuddin Atiq dan Safwan Mazlan.Turut berada dalam senarai, pemain Kuala Lumpur City FC, Haqimi Azim Rosli.

Pasukan negara yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen berdepan Thailand pada 7 Mei, diikuti Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja pada 16 Mei.

Sementara itu, saingan Kumpulan A dibarisi tuan rumah yang juga juara bertahan, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste pula dijadual berlangsung di Stadium Viet Tri, Phu Tho.

SUMBER: HMETRO

Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir pada 19 Mei di Stadium Thien Truong dan Stadium Viet Tri manakala perlawanan penentuan pingat gangsa dan final dijadual berlangsung pada 22 Mei depan di Stadium My Dinh, Hanoi.