sukan

Sah ditamatkan kontrak Pemain ini

Tindakan pemain Guangzhou Evergrande, Guan Haojin men3ndang kepala pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva mengundang padah selepas kontraknya ditamatkan kelab dari China itu.

Keputusan itu diumumkan Guangzhu Evergrande menerusi satu kenyataan di laman media sosialnya, hari ini.

Bukan setakat pemain itu dikenakan hukuman ‘pembuangan’, malah barisan kejurulatihan turut menerima tempias atas tindakan tidak profesional ditunjukkan Haojin pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Ini satu tindakan menyalahi peraturan apabila Guan Haojin melakukan kekasaran dan dilayangkan kad merah.

Barisan kejurulatihan tidak berdisiplin dengan tegas dan turut melanggar peraturan barisan kejurulatihan Guangzhou Evergrande.

Sebagai hukuman untuk pengajaran pada masa akan datang, Haojin disingkirkan daripada pasukan manakala barisan kejurulatihan diberikan surat amaran, ketua jurulatih serta pembantu jurulatih dikenakan pemotongan gaji.

Pasukan akan sentiasa mengikut peraturan ditetapkan dan menerapkan mekanisme berhubung ganjaran dan hukuman.

Pasukan mengharapkan pemain dan barisan kejurulatihan dapat terus mematuhi undang undang pasukan,” kata pasukan itu.

sumber:- HM

Pada aksi terbabit, skuad Harimau Selatan membelasah Guangzhou, 5-0 menerusi hatrik Bergson selain jaringan sendiri penjaga gol Guangzhou, He Lipan serta gol pemain gantian, Ramadhan Saifullah.